Enggan Bersalam Ketika Bertemu Netanyahu, Tindakan MP Belanda Ini Memalukan Najib Razak Sebagai PM Negara Islam.

Tersebarnya satu rakaman video pada awal pagi rabu yang menunjukkan ahli parlimen Belanda, Tunahan Kuzu , memakai pin bendera Palestin pada blazer , telah dengan sengaja meletakkan kedua-dua tangannya di belakang badan ketika PM Israel, Benjamin Netanyahu cuba menghampiri dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aksi yang memalukan PM Israel itu kemudiannya viral di laman sosial dan mendapat pujian ramai netizens.

Menjelang lawatan Perdana Menteri Israel ke Belanda minggu ini, bekas Perdana Menteri Belanda Dries Van Agt berkata dalam satu temu bual di televisyen pada NPO1 TV Kebangsaan bahawanya Benjamin Netanyahu ialah "penjenayah perang" yang perlu dihantar ke ICC dalam kadar "segera" untuk diadili perlakuan jenayahnya.

Lawatan Netanyahu, yang menyaksikan pegawai tertinggi kerajaan telah bersetuju dalam satu perjanjian bagi membina saluran paip gas ke dalam Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan tercetusnya protes di negara Eropah utara.

Lihat video ;



 Sumber : Middle East Eye
Dialihbahasa untuk laporan Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »