t>

Breaking News

Esok, KJ Dedahkan Kandungan Pendrive TMJ - Drama Ape Lagi KJ Nak Buat?

Drama swasta Ku Tipu, Ku Tipu Pendrive.

Pelakon utama : TMJ, KJ dan FAM.

Watak pembantu : Media arus perdana, media alternatif, blogger, SPRM.

Watak tempelan : Rakyat Malaysia, pemerhati bola sepak, penyokong, pengkritik TMJ, KJ, FAM.

Memetik laporan dari portal Agenda Daily, KJ dilaporkan akan mendedahkan isi kandungan pendrive kepada umum pada hari jumaat iaitu esoknya. 

Kronologi kejadian

1. TMJ kritik FAM yang kritik pemain2 yang bersara/berhenti untuk bermain sebagai pemain kebangsaan. 

2. TMJ bergambar dengan pendrive. Katanya dalam tu ada bukti penyelewengan FAM. 

3. Isu jadi hangat. Ada yang sokong ada yang kritik ada yang bantah TMJ. Kalau ada bukti rasuah serah ke SPRM la. Ko bergambar dan upload ke FB buat ape. Macam la boleh selesai masalah. 

4. Selepas isu tersebut reda seketika, tiba2 kembali panas bila TMJ serahkan bukti berkenaan kepada KJ. Menteri Belia Dan Sukan. 

5. KJ check punya check sekali dia tengok takde bukti rasuah. Dia bagitau media. Media laporkan. Media minta respon TMJ. TMJ sahkan statement KJ. WHAT THE HELL. TAKDE BUKTI RASUAH PULA. TAPI SEBELUM TU KAU VIRALKAN APE MENDA TU?? 

6. Dah takde bukti rasuah tetap serah ke SPRM. SPRM pun buang masa siasat pendrive tersebut. Buang masa keluarkan statement press. Media buang masa lapor kejadian yang tak berasas dan buang masa semua orang ini.

7. Dan selepas dah buang masa orang untuk peduli kes ini, KJ bagitau esok dia akan dedahkan kepada umum kandungan pendrive tersebut. 

BAYANGAN BABAK YANG BAKAL TERJADI.

i. Babak pertama = pendedahan itu betul-betul buang masa kita semua dan menjatuhkan intergriti TMJ. Orang akan cop dia penipu. Yelah. Kata ada bukti rasuah tapi ape pun takde. Propa lebih. Sembanggg. 

ii. Babak kedua = ada something yang betul2 bernilai dalam pendrive tersebut. Perkara itu akan memalukan pegawai2 tertentu dalam FAM. 

Seriyus talk. Esok kalau takde apa2 yang bermakna dalam pendedahan tersebut bersedia la kena maki. Buang masa sokong TMJ. Aku sebetulnya sokong je semua kritikan2 dia terhadap FAM tapi kalau tak berasas dan main propa2 dengan seret rakyat bagai aku tak sokong juga. Kita nak lawan FAM kena lawan betul2 kena lawan serius2. Nak propaganda ka main2 ka merepek ka apa ka ini bukan cara yang sesuai. Tak pasal2 orang sindir kita penipu. Lepas tu tak pasal2 yang menyindir tu dikenakan hukuman penjara sebab sindir monarki. Tak gitu ke? Gitula kan? 

Hahahahaha