t>

Breaking News

Ini Salah Satu Sebab Kenapa Saya Respect ATG #HarunDin


Sebuah buku usang tanpo judul 

Sewaktu bergelar mahasiswa dahulu, den ado terjumpo sebuah buku usang di surau mahalah. Cover buku dah terkoyak separuh menjadikan buku usang itu tidak bertajuk. Setiap helaian mukasuratnya dah kekuningan lusuh menunjukkan buku itu sudah berusio agak lamo. Buku usang itu tidak tebal. Nipis je. Kira-kira dalam 30 ke 40 mukosurat gitu. 

Den pun baco buku tu seusai solat Isyak berjemaah kek dalam surau mahalah. Buku usang itu sebenarnya didedikasikan kpd seorang tokoh ulamak (maaf den lupo akan namanya) dari negeri Perlis. 

Sang penulis memuji tokoh ulamak itu (TUI) krn keilmuannya serta ketokohannya di dalam masyarakat. Tapi isi utamo dalam buku usang itu ialah bilo sang penulis menyatakan kekagumannya terhadap TUI krn berani menginstibat hukum agamo terus kpd sumber asal iaitu Al-Quran dan Hadis. Kebiasaan ulamak di Tanah Melayu ketiko itu itu memberi hukum agamo berdasarkan sumber ketigo samo ado daripado mazhab yg dianutinya atau rujukan daripado ulamak tertentu. Dibelek-belek, rupa-rupanya sang penulis buku usang yg tidak bertajuk itu ialah TG Harun Din. Tokojut den. 

Den tokojut sobab tak sangko membaco buku tulisan TGHD memuji seorang ulamak yg tidak sealirannya dengannya. Wow! Ini rare bro. Kalau kau tak paham den bagi contoh gini. Seorang ulamak dari Kaum Tuo memuji keilmuan seorang ulamak dari Kaum Mudo. Tak paham gak? Elok kau yg mati semalam. 

Melalui buku usang itu, Almarhum TGHD menjadi perintis membino jambatan antara aliran Kaum Tuo dgn Kaum Mudo. Kaum mudo ni Wahabilah yg kau panggil pado zaman ini. Kau tgk mcm mano akhlak Zamihan melayan kaum Wahabi di negara ini, ah mcm tu lah lobih kurang ulamak-ulamak dari Kaum Tuo dalam melayan Kaum Mudo pado zaman dahulu. Tetapi Almarhum TGHD memilih jalan perdamaian. 

Beliau menulis buku utk memuji salah seorang ulamak dari Kaum Mudo berdasarkan ilmu. Bukan puji saje-saje. Walhal aliran Kaum Tuo adolah aliran mainstream dan majoriti pado zaman dahulu. Zaman sekarang pun. Boleh je beliau memilih utk ignore kehadiran dan ketokohan TUI. Tetapi jiwa besar Almarhum TGHD menghalang akan pekara ini. 

Ini salah satu asbab yg buek den respek dgn Almarhum TGHD. Semoga roh Almarhum TGHD senantiaso dicucuri rahmat oleh Allah SWT. 
Amin.

Sumber : Ali Abu