t>

Breaking News

ISMA Politikkan Kemenangan Atlet Paralimpik, Salahkan DAP - Ini Jawapan Kepada ISMA.


Kebodohan ISMA tahap gaban. ISMA yang permainkan isu rasisma inilah yang racist. Lim Kiat Siang dan ramai sekali orang bukan Melayu tulis komen di online ucap tahniah, malah turut menangis bila tengok video atlit-atlit kita ini berdiri dengar lagu Negaraku dimainkan. 

Ramai orang bukan Melayu yang share berita yang dibanggakan ini di FB mereka. Gitu lah, kalau dah hati busuk serupa kasut bacin, benda putih pun dia akan kata macam-macam - pucat lah, macam hantu lah bagai. Kalau hitam lagi lah, macam-macam dia akan kata. 

ISMA tak baca ke kenyataan bapa Ziyad : Ziyad, the eldest of four siblings was involved in sports when he was in the primary and secondary school, he said. “I still remember when my son was taught to read when he was in Year Five by an Indian teacher until he got number three in the class. 

Ziyad is surrounded by people who love him, his sporting talent was spotted and assisted by a Chinese teacher in Kelantan. Until today, the teacher still follows his development. “This is what sports is all about. 

There is no race or religion. Hard work pays off. I wish to thank all the people and kind hearts who supported him and prayed for his success. All his hard work and sacrifices has been rewarded,” he said. ( - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/muhamad-ziyad-from-kuey-teow-man-to-rio-gold-medallist#sthash.YIXBJu7A.dpuf

Bapa Ziyad dengan bangga menceritakan cikgu-cikgu Ziyad berbangsa Cina dan India banyak berjasa terhadap kejayaan Ziyad. Apa jasa ISMA pulak? Cuma nak jadi pencacai je lah ya. Bapa Ziyad, En Zolkefli yang berjiwa lebih besar dari ISMA bila beliau mengatakan " “This is what sports is all about. There is no race or religion. " 

Bapa Ziyad lebih berjiwa keMalaysiaan dan faham Islam dari ISMA. Bila melihat sesuatu isu ni, semuanya bergantung pada niat. Kalau hati jahat, benda baik dan innocent pun dia boleh jadi bahan gaduh. 

Kalau hati baik dan suka mendamaikan, benda yang nampak kusut pun dia akan cuba cari titik temu yang boleh mendamai dan menenangkan semua pihak. Dalam isu 2 versi antara agama Islam dan Kristian, tentang siapakah sebenarnya yang mahu dikorbankan oleh Nabi Ibrahim - Ismail kah? - menurut versi Islam, atau Nabi Ishaq (atau Isaac) - menurut versi Kristian? 

Kalau species yang suka ajak gaduh, maka akan ketegaklah menuduh dan menghina pihak yang berlawanan. Tapi orang semacam Gus Dur yang sikapnya suka mendamaikan dan melihat yang positif - komen beliau ialah (lebih kurang maksudnya : ' ahh tak kisah lah Ismail atau Ishaq, yang penting kedua-duanya tidak jadi dibunuh' :-) Korbankan lembu kambing tu senang. 

Ada duit, tak da hal. Binatang-binatang tu pun tak reti melawan semana pun bila nak disembelih. Jadi itu koje sonang aja tu, no hal.. Yang susah, yang perlu cabaran, yang perlu pengorbanan berat ialah untuk Korbankan Ego Anda, Korbankan Hati Jahat anda, agar yang baik pula tersebar di seluruh alam. 

Itu baru namanya Islam - Islam itu maknanya nya SALAM, atau KEDAMAIAN, atau PEACE. Selamat Menyambut Hari Raya Korban - and PEACE to ALL. 

Sumber :  Norhayati Kaprawi