t>

Breaking News

Kakitangan Kontrak Di Hospital Awam Mula Ditamatkan Perkhidmatan Secara Beransur-Ansur..

Apakah ini kesan daripada pengurangan bajet yang dialami oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? Ini informasi yang dikesan berlegar-legar di laman sosial kini ;



"Rupanya semua kerani kontrak sudah diberhentikan di semua hospital".

Itu yang ditulis oleh individu berkenaan. Selepas ianya tersebar, penulis ada bertanya kepada seorang kenalan yang bekerja di hospital. Katanya kepada penulis, ya kakitangan kontrak seperti kerani telah diberhentikan khidmatnya (tidak disambung kontrak) di hospital awam sejak beberapa bulan yang lepas. Ianya dilakukan secara beransur-ansur namun tidak pula diperjelaskan punca kepada keadaan itu. 

Beberapa bulan yang lepas juga, ada terbaca tentang ini ; 

 

Ianya diupdate pada bulan April yang lepas. Beberapa bulan sebelum itu pula, tersebarnya satu berita kononnya kerajaan akan menghentikan khidmat kakitangan awam yang dilantik secara kontrak. Penamatan perkhidmatan itu akan dilakukan secara beransur-ansur, yakni selepas kontrak bersama pekerja tamat, ianya tidak akan disambung semula untuk penggal yang seterusnya.

Selepas tersebarnya laporan itu, Najib tampil dengan kenyataan penafian ;


Hmm.

Betul juga. Bukannya diberhentikan kerja. Sekadar tak sambung kontrak aje kan?

Hehehe.

Berbalik semula kepada persoalan utama. Apakah patut KKM mengurangkan staff di hospital-hospital awam seluruh negara? Bilangan pesakit bukannya sedikit setiap hari yang mendapatkan rawatan kesihatan. Sebelum ini seringkali kita mendengar keluhan kakitangan hospital bahawanya mereka kekurangan staff. Kerja banyak namun bilangan pekerja yang ada tidak mencukupi. Apakah wajar khidmat kakitangan kontrak dihentikan (tidak disambung kontrak) di hospital-hospital awam yang kita tahu sangat mereka perlu serve pesakit2 yang ramai bilangannya? Kalau bajet masalahnya, kenapa tak minta tambah bajet dari Najib? Dengar kata ada orang sanggup derma 2.6b kepadanya. Tentu sahaja Najib sebagai pahlawan Bugis dan Islam sanggup berkorban apa sahaja bagi membantu KKM yang kekurangan bajet atas nama mempertahankan hak rakyat, tak gitu ke?

Keh Keh Keh..