t>

Breaking News

Kenapa KWSP Beli Saham Syarikat Adik Menteri, Soal PKR.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta menjelaskan langkahnya membayar RM1.13 bilion untuk mendapatkan 40 peratus pegangan dalam Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) – jumlah yang menurut PKR jauh melebihi nilai sebenar. 

Transaksi pada 2014 menunjukkan 30 peratus pegangan dalam DUKE dijual pada harga RM220 juta. Justeru, 40 peratus pula sepatutnya bernilai RM304 juta, kata anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin. 

Bagaimanapun, jumlah dibayar KWSP sekarang hampir empat kali lebih tinggi hanya dalam tempoh dua tahun. Sim berkata KWSP mesti memberi penjelasan, terutamanya apabila Ekovest, yang menjual pegangannya kepada dana itu, dikaitkan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Adik Hishamuddin, Haris Onn memiliki 15 peratus dalam syarikat syarikat tersenarai awam itu. “KWSP mesti jelaskan sama ada terdapat sebarang tekanan atau arahan politik yang mempunyai kaitan dengan rundingan itu,” katanya dalam kenyataan. 

Katanya, tidak logik untuk mengatakan nilai DUKE naik sebegitu sekali, memandangkan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menjual 30 peratus sahamnya pada 2014. 

“Jika KWSP begitu sekali hargai nilai lebih raya DUKE dan sanggup bayar RM1.13 bilion kepada Ekovest untuk 40 peratus pegangan, kenapa syarikatnya MRCB melepaskan 30 peratus pegangannya dalam lebuh raya DUKE untuk hanya RM228 juta dua tahun lalu?” soalnya. Ekovest mengumumkan penjualan itu melalui pemfailan di Bursa Malaysia semalam. Keseluruhan lebuh raya itu bernilai RM2.38 juta. 

Sebelum itu, harian perniagaan The Edge melaporkan bahawa penganalisis berbeza pandangan sama ada penilaian harga itu sepadan atau sebaliknya. -Mkini.