t>

Breaking News

Kes Buli : Mak Bapak Bodoh Tak Pandai Didik Anak Sampai Anak Mengejek Rakan Sekelas YG Baru Kehilangan Bapa - Patutlah Kena Tibai!

Sejak kebelakangan ini insiden membabitkan kejadian buli di sekolah seringkali diviralkan menerusi laman sosial bagi mendapatkan respon pantas penguatkuasa. Kejadian berkenaan akan dirakam dan dimuatkan menerusi facebook atas alasan mahu membela nasib murid yang dibuli. Begitu juga dalam insiden buli yang membabitkan murid tahun 6 yang viral baru-baru ini. Tindakan murid tersebut sekali lagi mendapat perhatian netizens yang marah dengan kejadian buli dan mendesak satu tindakan diambil ke atas murid tersebut. 

Menerusi beberapa informasi yang tersebar, pihak kami mendapat tahu bahawanya murid tersebut adalah murid yang berkelakuan baik di sekolahnya dan dilantik menjadi ketua pengawas. Dia bukanla pelajar nakal yang gemar berbuat jahat. Lalu, apakah yang menyebabkan dia bertindak ganas dan kasar pada hari kejadian?

Kisahnya ;



Hilang rasa sabar kerana nama bapa kesayangan yang baru menjadi arwah dipersendakan. Marah, sedih dan sakit hati kerana teman sebaya mempermainkan dirinya yang baru kehilangan bapa sebagai anak yatim. 

Dan lagi ; 


Juga ; 


Bukan perkara pelik. Mengejek nama bapa bagi budak-budak sepertinya suatu adat yang tidak dapat ditinggalkan. Sungguhpun tidak diamalkan oleh semua pelajar sekolah tetapi masih lagi terdapat pelajar2 yang biadap bila dia fikir mengejek2 nama mak bapa kawan sekelasnya sebagai lawak. 

Imbas kejadian beberapa bulan yang lepas. Salah seorang teman sekolah anak penulis telah kehilangan bapa kesayangannya dan murid tersebut telah dipermainkan oleh rakan sekelas kerana menjadi yatim. Mereka ialah murid2 sekolah tahun 4. Anak penulis kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada penulis dan penulis menasihati agar dia pada lainkali melaporkan kepada cikgu. Kasihan kawannya itu. Tetapi kemudiannya anak penulis menunjukkan riak wajah yang seolahnya tidak bersetuju. Penulis bertanya kepadanya, kenapa berbuat muka seperti itu? Katanya melaporkan kepada cikgu atau tidak, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa kesan dan perubahan. 

Dan penulis bertanya lagi, mengapa? Anak penulis kemudiannya membalas pertanyaan dengan mengatakan, cikgu tidak tegas pada perkara yang sepatutnya. Cikgu bertegas selalunya pada perkara yang tidak sepatutnya. Dan penulis menasihati anak penulis agar bersabar mungkin cikgu tersebut perlu masa untuk belajar menjadi seorang cikgu. 

Hahaha. 

Cuma disini akan menjawab persoalan. Mungkin sesetengah murid bersikap acuh tak acuh bila mengadu sesuatu hal kepada guru disebabkan masalah sikap oleh guru itu sendiri. Bukannya tak wujud cikgu2 yang pemalas dan bersikap sambil lalu je pada budak2 sekolah. Cikgu2 sebeginila yang merosakkan imej kerjaya perguruan. Sampai budak pun hilang rasa percaya dan yakin pada cikgu bila mahu mengadu sesuatu masalah. 

Berbalik kepada kejadian buli membuli tadi, ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak2 tentang isu-isu sensitif. Jangan kata mengejek nama bapa, warna kulit, rupa paras, ketinggian, bentuk badan juga antara perkara yang sering dijadikan ejekan oleh budak sekolah. Jika ada murid bermata juling, berbibir sumbing, budak2 ini akan laju2 dikutuk seolahnya mereka neh tiada perasaan. Nakak betul budak2 yang suka mengejek. Biasanya bagaimana anak begitula mak bapak. Mak bapak tak ajar anak2 di rumah bila anak2 di sekolah mereka jadi seorang pengejek. Kerana tidak dididik. Boleh jadi kerana mak bapaknya seorang pengejek juga. Ringkasnya perbuatan budak yang dibelasah kerana mengejek rakan sekolahnya yang baru kehilangan bapa adalah salah keluarganya kerana tak pandai didik anak. Ada bantahan?