t>

Breaking News

Mahathir Nafi Bantu Mokhzani Jadi Kaya Raya, RPK Kata Mahathir Bohong!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam temubual bersamanya selepas menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerap kali menafikan membantu anaknya Datuk Seri Mokhzani Mahathir menjadi antara individu terkaya Malaysia.

Blogger, Raja Petra Kamaruddin berkata, Dr Mahathir berbohong apabila beliau katakan tiada kena mengena dengan kekayaan Mokhzani yang disenaraikan Forbes di tangga ke-28, individu terkaya Malaysia.

“Dia (Dr Mahathir) bohong.

“Semua bukti menunjukkan sebaliknya. Sangat menakjubkan apabila Mokhzani berjaya meletakkan dirinya di dunia koroporat hampir sejurus selepas beliau tamat pengajian di University of Tusla, Oklahoma dalam Ijazah Sarjaza Muda Kejuruteraan Petroleum.

“Tidakkah ianya pelik, dalam hanya dua tahun selepas mendapat ijazah, Mokhzani berjaya mendominasi kedudukan dalam kumpulan penama dan pemegang amanah berkaitan perkhidmatan bagi kepentingan pelabur, saham dan sekuriti lain?” soal blogger berkenaan di Malaysia Today.

Menurut Raja Petra, hartawan perniagaan seperti Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ananda Krishnan dan ahli kapitalis berkaitan Dr Mahathir akan mengatakan perkara sama bahawa Mokhzani terlalu cepat meraih kedudukan dalam dunia korporat.

“Kerusi yang diduduki Mokhzani dalam Tongkah (Holdings Berhad) kemudiannya membuka pintu kepada anak bekas Perdana Menteri itu kepada pegangan tidak langsung kepada Phileo Allied Bank (dahulunya dikenali sebagai Allied Bank).

“Dahulu, bank berkenaan dimiliki oleh Phileo Allied yang dianggap sebagai entiti dinamik dan berteknologi inovatif dengan prospek yang meyakinkan.

“Mokhzani mengintai peluang dalam industri perbankan dengan pemeteraian kerjasama yang dilaksanakan menerusi gabungan antara Tongkah dan (perniagaan) berkaitan kesihatan, Pantai Holdings Berhad, yang sebahagian besarnya dimiliki Mokhzani secara peribadi,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, syarikat Mukhriz – Tongkah dan Pantai – bergabung untuk memiliki 28 peratus pegangan dalam Phileo Land yang kini dikenali sebagai Avenue Assets.

“Dikatakan pengambilalihan saham Avenue Assets dan Tongkah oleh Pantai meletakkan Mokhzani dikedudukan tertinggi ekoran Avenue Assets merupakan satu-satunya pemegang saham terbesar dalam Phileo Allied,” katanya.

Menganggap rancangan tersebut sebagai permulaan kepada rampasan kuasa terbesar dalam sejarah perbankan Malaysia, Raja Petra berkata, Pantai Holdings mengutip 20 juta saham Tongkah bernilai antara RM1.60 hingga RM4.64 bagi setiap saham sekitar 29 Ogos hingga 26 November 1997 – sejurus sebelum krisis kewangan 1997.

“Pembelian berkenaan mewakili penambahan 12.2 peratus blok permulaan pegangan Pantai didalam Tongkah pada 29 Ogos. Kos terkumpul 14.7 peratus pegangan (Pantai) dalam Tongkah adalah RM87.4 juta.

“Selepas itu, Pantai memulakan kerjanya terhadap Avenue Asstes dan mula membeli 5.5 juta saham syarikat antara 12 September dan 17 November tahun sama,” ujarnya sambil menambah urusan tersebut dijalankan secara sulit.

Kata Raja Petra lagi, urusan terbabit yang membawa keuntungan tunai RM190 juta “dipercayai dirunding menerusi pintu dapur antara Mahahtir, Daim dan Mokhzani lama sebelum krisis kewangan melanda rantau ini,” katanya lagi.