Memang Ramen Itu Halal - Individu Dedah Kebenaran Disebalik Sebaran Palsu Mengatakan Setiap Ramen Ada Babi!


Sejak drama dan movie Korea meletup-letup di Malaysia, kita menyaksikan orang Malaysia mula mendekati makanan Korea. 

Ini terjadi kerana pengarah2 drama Korea terlalu suka mempromosikan budaya, makanan dan cara hidup mereka kepada masyarakat di luar sana.

Kimchi, Bibimbab dan raymeon adalah antara produk makanan Korea yang popular dan ianya telah memasuki pasaran Malaysia atas permintaan. Ada yang memasarkan produk langsung dari Korea ada yang mengubahsuai produk makanan tersebut dengan selera rakyat tempatan. 

Raymeon seperti Maggie juga mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia disebabkan rasanya yang pedas. Rakyat Malaysia rata-ratanya mengemari masakan pedas oleh itu tidak anehlah mengapa Raymeon mendapat tempat di kalangan Malaysian.

Walaubagaimanapun, Raymeon yang menjadi kegilaan dan fenomena di kalangan pengemar drama Korea itu dikatakan mengandungi babi dan susulan dari penyebaran itu, orang muslim khususnya telah dilarang memakan makanan tersebut. 

Dakwaan Raymeon mengandungi babi tidak berhenti disitu. Jakim dan beberapa pihak lain telah melakukan siasatan dan mendapati bahawanya Raymeon yang dipasarkan oleh Korea sebenarnya mempunyai 2 jenis. Iaitu yang mengandungi babi dan yang tidak mengandungi babi. Yang mengandungi babi hanya dipasarkan di sekitar Korea manakala yang tidak mengandungi babi adalah untuk pasaran antarabangsa khususnya di Malaysia dan Indonesia. Ianya dihasilkan menerusi satu kilang yang baru beroperasi.

Dan sungguhpun telah diterangkan berkali2 bahawanya Raymeon ada jenis yang halal ada yang jenis tidak halal, masih lagi terdapat individu2 yang menyebarkan keterangan bahawanya Raymeon Korea itu adalah tidak halal dan mengandungi babi justeru itu ianya haruslah dilarang makan oleh rakyat muslim di Malaysia.

Pun begitu, seorang facebooker yang dikenali dengan nama Nizam Tikir, telah pun dijemput untuk meninjau sendiri proses pembuatan Raymeon halal oleh Samyang di Korea dan ini adalah hasil penemuan dia.

[Lawatan ke Samyang HQ] 

Hari ni abang bersama Halal Korea (NGO yang memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. 

Tujuan asal untuk bersoal-jawab dengan pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka. [Updated~ sila share untuk makluman rakyat Malaysia] 

Berikut adalah details hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd: 


1. Samyang ada 2 kilang utk hasilkan ramen mereka. Semua ramen halal mereka dihasilkan hanya dari kilang terbaru mereka di Wonju yg telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Logo halal ada pada packaging. KMF adalah organisasi yg memberi persijilan halal di Korea. 

2. Tiga production line di kilang di Wonju dikhaskan untnk produce halal ramen. 

3. Ramen halal keluaran mereka hanya dieksport... pengimport terbesar adalah Malaysia dan Indonesia. 

4. Ramen untuk jualan tempatan di Korea masih menggunakan kilang lama. So, tidak halal... dan tidak ada logo halal pada packaging. 

5. Masalah timbul bila ada pihak yang smuggle ramen yg tidak halal yg dijual di pasaran Korea dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau takde logo halal tu maknanya ia bukan di eksport oleh pihak Samyang.. dan ia tidak halal. 

6. Logo halal yang tulen adalah direct printing di packaging dan bukannya tampalan atas packaging. 

7. Samyang belum dapat menjual ramen halal mereka di pasaran Korea kerana belum mendapat kelulusan KFDA. 

8. Tak lama lagi di pasaran Malaysia akan keluar perisa baru... Abg dah rasa tadi... pedas2 sedap.. tak sepedas yg ori tu... mmg sesuai dgn tekak N.Sembilan abg ni. 

Tak la podeh melahar mcm yg ori tu.

Gambar kredit : Nizam Tikir.

Share this :

Previous
Next Post »