t>

Breaking News

Menteri Saran Miliki 2 Ijazah, Senang Dapat Kerja - Kos Pendidikan Siapa Tanggung?

Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran menggunakan kaedah pembelajaran secara dalam talian untuk memiliki lebih daripada satu ijazah, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut beliau, ia bagi memudahkan mereka memasuki pasaran kerja berikutan terdapat pelbagai pihak termasuk sektor industri dan majikan mengakui graduan yang mempunyai satu ijazah lebih sukar mendapat pekerjaan.
“Sistem pendidikan tinggi kita sedang berubah untuk membina jenama pendidikan Malaysia dan dengan itu kita laksanakan pendekatan yang le­bih fleksibel supaya rakyat dapat memiliki sekurang-kurangnya dua ijazah.
“Jadi, bila tamat pengajian kelak, graduan akan mempunyai lebih banyak peluang memasuki pasaran kerja dengan pelbagai kelayakan dan kemahiran yang ada,” kata beliau selepas menyempurnakan jelajah program Soaring Upwards: Let’s Talk Higher Education di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di sini semalam. – Kosmo