t>

Breaking News

PAS Parti Yang Tidak Berguna Dah.. - Zaid Ibrahim


Pemimpin kempen Selamatkan Malaysia anjuran Tun Mahathir Mohamad, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan PAS sebuah parti yang tidak berguna, hanya tahu menyampaikan ceramah dan menggunakan isu agama berbanding mentadbir Kelantan. Beliau menyifatkan undian kepada PAS selama 25 tahun hanya merugikan kerana rakyat di negeri tersebut gagal menerima pembangunan dari pelbagai aspek termasuk tahap ekonomi yang mengecewakan. 

Mengulas lanjut katanya, pemimpin PAS pada hari ini hanya tergolong kepada yang tidak amanah. "Walaupun PAS tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi rakyat, mereka bertahan dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, demi maruah politik Kelantan yang tidak boleh dibeli dengan “dedak” dan tidak serik atau takut kepada penindasan. "Hari ini mereka sudah tidak ada lagi Tok Guru Nik Aziz untuk memberi rangsangan dan semangat kapada mereka. 

Perjuangan “spiritual” dan etika sudah lesap. "Hari ini PAS adalah parti politik Melayu yang tidak berguna lagi kepada orang Kelantan. Mereka tidak ada pemimpin yang memperjuangan sesuatu yang murni; dan yang lebih teruk ialah tidak ada juga pemimpin teknokrat, yang telus, yang boleh menyelesaikan masalah ekonomi dan kesengsaraan rakyat. 

Mereka tidak tahu bagaimana nak selesaikan masalah banjir, lalu mereka cuba menyediakan tugu peringatan banjir. "Mereka tidak mampu mengutip sampah, dan tidak mampu menyediakan air bersih yang cukup, lalu mereka jual agama Islam seperti mahukan “hudud” dan tangkap wanita cantik berbaju kemas. Mereka tidak tahu membangunkan negeri, lalu mereka jual balak kepada tauke-tauke Cina," katanya dalam blognya 'The Zaidgeist' hari ini. 

Atas kegagalan parti itu Zaid meramalkan rakyat negeri itu akan menolak PAS pada pilihan raya yang akan datang dan yakin kepimpinan Amanah di bawah Husam Musa di sana akan dapat memberikan masa depan yang lebih cerah. "Sebab itulah saya meramalkan rakyat Kelantan jati akan bangkit sekali lagi menentang arus. Mereka tidak lagi mahu terus dipermainkan. 

"Dalam pilihanraya akan datang saya percaya mereka akan bersatu bersama kepimpinan Amanah dibawah Husam Musa dan kepimpinan parti Bersatu untuk merubah dan menggantikan pemimpin PAS yang ada dengan mereka yang boleh memberi pembelaan kapada rakyat jelata. 

Malah saya meramalkan PAS yang dipimpin oleh mereka yang hanya boleh berceramah dan berfatwa, akan menjadi parti yang tewas teruk pada pilihanraya akan datang. "Kelantan memerlukan orang politik yang boleh menyelesaikan soal ekonomi dan sosial rakyat. Mereka sudah tentunya perlu memahami keperluan agama, tetapi tidak cukup jika kita mahu memerintah negara dengan menjual hadis dan ayat-ayat al-Quran," jelasnya. 

Katanya lagi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dan PAN di negeri itu boleh bekerjasama untuk merampas Kelantan dari PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kelak. UMNO ujar Zaid lagi tidak akan dapat membuka ruang untuk meluaskan kedudukannya di negeri itu justeru itu ahli Umno dan PAS digesa untuk meninggalkan parti itu. "Parti Pribumi dibawah Kamaruddin Mat Noor, Dr Zayadi Awang Noh dari Bachok dan Sazmi Miah dari Machang misalnya, boleh berkerjasama dengan Husam dan merampas Kelantan dari parti yang tak berguna ini. Selamat Berjuang." "Orang UMNO pun sepatutnya cepat-cepat “berhijrah”. 

Bila Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim bersatu dengan PAN, UMNO mesti tewas kerana perhitungan mereka bahawa PAS akan dapat menolong mereka tidak mungkin akan berhasil. Beliau dalam masa sama berkata kepimpinan PAS pada akhirnya kelak hanya akan terdiri daripada Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda parti itu Nik Abduh Nik Aziz dan Datuk Dr Haron Din yang masih menaruh kepercayaan terhadap kedudukan Perdana Menteri Najib Razak yang dijangkakan tidak akan bertahan lama. 

"Pemimpin PAS sudah silap perkiraan, mereka jangka Perdana Menteri akan kekal lama, tetapi ahli-ahli PAS yang mahu bersama-sama mereka sudah banyak berkurangan. Tak lama lagi yang tinggal dalam PAS hanyalah Hadi Awang, Nik Abduh, Nik Amar Abdullah beserta Mursyidul Amnya sahaja," katanya lagi. - AG