Pendedahan Isu Tarik Balik Anugerah - Rupa2nya Yahudi Dalang Disebalik Insiden Memalukan Rosmah!


Pengeluaran nama Rosmah Mansor daripada anugerah Lead By Example dikaitkan dengan gerakan rapi di peringkat global untuk memalukan isteri perdana menteri. "Hasil pemeriksaan kami mendapati agensi berkenaan ialah sebuah agensi yang berasaskan Yahudi dan diberikan kononnya atas pencapaian Datin Seri Rosmah dalam program PERMATA yang sememangnya terbukti. 

"Dalam hal ini, beliau sendiri tidak mahu menerima anugerah berkenaan sebaliknya tidak pernah memohon pun akan sebarang anugerah," kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Rames Rao. Dihubungi Malaysiakini, Ramesh bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau merujuk kepada Antiquities Coalition tetapi berjanji akan mendedahkan butiran lanjut selepas ini. 

Dalam kenyataannya, Ramesh berkata pengeluaran Program PERMATA Negara pada saat-saat akhir sebelum program pemberian anugerah itu dibuat dengan niat jahat untuk memalukan. Bagaimanapun, katanya, Malaysia sudah dapat mengesan lebih awal niat buruk dengan anugerah berkenaan. 

"Ini adalah kerja jahat pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kejayaan PERMATA sendiri yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah sendiri," kata Ramesh. Beliau juga berkata alasan bahawa sumber kewangan PERMATA diragui sebagai tidak boleh diterima. Beliau mengesyaki ada alasan tertentu “berselindung” di sebalik keputusan itu. 

Ramesh berkata program PERMATA sudah lama bergerak dan banyak kanak-kanak sudah mendapat faedah daripada mekanisme sistem pendidikan awal yang diperkenalkan olehnya. - Malaysiakini.

Share this :

Previous
Next Post »