Pengusaha Taska Mengeluh Perlu Naikkan Gaji Minima Pekerja, Mahu Tutup Perniagaan.


Seorang pengusaha taska kata dia rasa macam nak buang semua permit taska dan buka taska tak berlesen sebab peraturan yang makin tak munasabah. Yang terkini ialah menaikkan gaji pekerja kepada minimum RM1000 sebulan. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 telah menetapkan seperti berikut:- 

i. Bayi berusia bawah 12 bulan ialah seorang pengasuh untuk 3 (tiga) orang bayi pada satu-satu masa. 

ii. Kanak-kanak berusia 1 tahun hingga 3 tahun seorang pengasuh dengan 5 (lima) orang kanak-kanak pada satu-satu masa. 

iii. Kanak-Kanak berusia 3 tahun hingga 4 tahun seorang pengasuh dengan 10 orang kanak-kanak pada satu-satu masa. Bayangkan kalau sebuah taska menjaga 6 orang bayi dan 10 orang kanak-kanak berusia 1-3 tahun, pengusaha kena ambil 4 pekerja. 

Caj jaga bayi: RM350 x 6 = RM2100 
Caj jaga kanak2: RM250 x 10 = RM2500 
Jumlah: RM4600 
Gaji pekerja: RM1000 x 4 = RM4000 
Baki: RM600 
Perbelanjaan lain (EPF, bil, sewa, makanan dll): ??? 

Pusat jagaan tak berlesen tak terikat dgn peraturan bilangan pengasuh dan gaji minimum. Kesian pengusaha taska berlesen, nak buat yang legal pun makin disusahkan. 

MALAYSIA BOLEH (la sangat)

Sumber : Saya Benci Harga Barang Naik (FB Page)

-----

Pros.

1. Kos sara hidup semakin tinggi. Kenaikan gaji akan bantu pekerja mendapat wang gaji yang lebih baik dengan masa bekerja yang sama. Lebih wang, lebih penyimpanan, perbelanjaan, bayaran hutang, utilitis, mampu menambah keperluan asas.

2. Bersifat eksklusif bagi meminimakan kecuaian. 1 pekerja jaga 3 orang bayi. Ini dibuat agar pekerja dapat focus dan memberikan perhatian lebih terhadap bayi2 di bawah jagaannya. Sekaligus mengurangkan risiko perkara yang tak diingini dari berlaku.

Cons.

3. Pengusaha taska akan menaikkan kadar yuran agar dapat diselaraskan dengan peraturan baru kerajaan. 

4. Ibu bapa yang berpendapatan rendah akan rasa terjejas dengan kenaikan yuran tersebut dan mula beralih ke arah taska yang menawarkan kadar yuran yang lebih murah dan mampu milik. 

5. Taska berlesen akan terjejas dan mungkin terpaksa tutup operasi perniagaan, pekerja hilang mata pencarian. 

Mungkin juga sesetengah ibu/keluarga akan berhenti kerja untuk jaga anak sendiri, dan cari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. 

Apa pandangan anda?

Share this :

Previous
Next Post »