t>

Breaking News

Polis Sahkan Kejadian Rompak Dan Culik Di Perairan Lahad Datu - Lagi Rakyat Malaysia Diculik.



Polis Sabah mengesahkan dua kejadian culik dan rompak membabitkan sekumpulan penjenayah yang lengkap bersenjata api di perairan Semporna dan Lahad Datu, malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata, kejadian pertama berlaku pada 9.30 malam di perairan Pulau Gaya Semporna.
"Dalam kejadian itu, enam lelaki dan tiga daripadanya lengkap bersenjata api menggeledah kapal pukat tunda sebelum melarikan juragan kapal iaitu Roslan Nasir Sarapin, 39, manakala 26 anak kapal selamat.
"Selang setengah jam kemudian dipercayai kumpulan yang sama melakukan rompakan ke atas sebuah lagi kapal pukat tunda di perairan Tungku, Lahad Datu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, sebentar tadi, memetik laporan Harian Metro.
Menurutnya, dalam rompakan itu, kumpulan penjenayah melarikan dua unit enjin, dokumen, telefon bimbit dan wang tunai RM300 dipercayai milik anak kapal iaitu seramai 19 orang.
"Selepas melakukan jenayah berkenaan, semua suspek termasuk juragan yang diculik dipercayai menuju ke perairan antarabangsa.
"Hasil siasatan juga mendapati kumpulan penjenayah ini menggunakan senjata api jenis M16, M14 dan pistol," katanya.