t>

Breaking News

Sah, Ada Percubaan Kemasukan PATI Beramai-Ramai Menerusi Sandakan Pula - Ini Pengakuan ESSCOM.


Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah dan perairan sempadan Filipina bagi mengelak kemasukan rakyat itu dari negara itu secara haram. Langkah itu diambil susulan mesej yang tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp sejak malam tadi, meminta semua pihak berjaga-jaga kononnya lebih 200 rakyat negara jiran menunggu di sempadan Pulau Taganak dan Bakungan untuk memasuki Malaysia menerusi Sandakan. 

Mesej itu memaklumkan, 15 individu cuba memasuki negara secara haram tetapi dapat dipintas polis marin. Komander Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Abdul Khalid, mengesahkan ada cubaan masuk rakyat dari negara jiran ke negara ini. “Memang ada cubaan untuk masuk ke negara ini namun bilangannya tidak dapat dipastikan. 

Mereka hanya menunggu peluang. “Bagaimanapun, kehadiran anggota keselamatan di perairan dan sempadan negara menghalang usaha mereka untuk memasuki negara ini. Tangkapan membabitkan 15 individu dipercayai warga negara jiran itu memang betul,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Sumber : Berita Harian