t>

Breaking News

Sinar Harian Penipu, Permainkan Pembaca Dalam Isu Penebusan Tiket Legoland.

Siang tadi berkesempatan log masuk facebook rasmi Sinar Harian bertujuan nak membaca berita terkini. Akan tetapi dengan tidak disangka-sangka di bahagian review Sinar Harian ketika ini rupanya sedang diserang pembaca kerana melakukan penipuan dalam pertandingan kumpul dan tebus tiket ke Legoland anjuran bersama Sinar Harian. 

Respon mereka yang teraniaya ;







Apa sebenarnya yang berlaku?

1. Pada bulan Ogos yang lepas, Sinar Harian anjurkan satu peraduan.

2. Peraduan tersebut ialah beli dan kumpul token (keratan akhbar) Sinar Harian kepada bilangan tertentu dan apabila mencukupi, pembaca boleh menebusnya di pejabat SH bagi mendapatkan tiket Legoland secara percuma. Tempoh tebusan dimaklumkan kemudian. Jumlah tiket yang ditawarkan ialah 15,000. Berdasarkan kepada jumlah penyertaan, peraduan tersebut sebenar mendapat sambutan hangat dari pembaca2 mereka. 


3. Pun begitu terjadinya insiden yang mencemari peraduan tersebut. Insiden itu juga menjatuhkan reputasi Sinar Harian. 

4. Lihat gambar untuk penerangan selanjutnya ;





Saksi maya melaporkan bahawanya pihak pengurusan Sinar Harian telah melakukan penipuan dalam peraduan tebus tiket Legoland apabila staff-staff Sinar Harian sendiri terlibat menyertai sama dalam peraduan tersebut dan melakukan penebusan awal-awal. Bahkan ada di antara mereka selepas menebus, menjual pula kepada pihak ketiga.

Pembaca yang telah mengumpul token sejak mula peraduan, beratur lagi di hadapan pejabat berjam-jam lamanya semata2 untuk dipermainkan oleh kakitangan Sinar Harian. 


Sungguhpun pihak Legoland telah tampil bagi membantu keadaan dengan menawarkan 50% potongan kepada pengumpul2 token itu tidak pula bermakna mereka melupakan apa yang telah dilakukan oleh Sinar Harian terhadap mereka. Tawaran 50% agak terbeban juga bagi mereka yang punya ramai ahli keluarga.

Laporan polis juga telah dibuat ;



Pembaca2 yang teraniaya juga berasa tawar ahti dengan tindakan Sinar Harian. Ada di antara mereka mencadangkan agar penebusan dilakukan secara online @ offline dengan pihak Legoland semata2 bagi membendung amalan ketirisan dan 'pecah amanah' oleh staff Sinar Harian sendiri. Lebih banyak luahan pembaca2 yang teraniaya yang boleh anda baca di facebook rasmi Sinar Harian itu sendiri. 

Semoga segala kritikan diterima positif oleh pihak pengurusan Sinar Harian dan bersedia melakukan penambahbaikan. Satu lagi cadangan. Lainkali buat peraduan pastikan staff, kakitangan staff dan berkaitan dengannya dilarang memasuki mana2 peraduan anjuran akhbar. Kalau tak, beginila jadinya. Fikir2kanla ya.