#BERSIH 5 'Tak Laku' Di Penang, Maria Kata Tak Harap Kehadiran Ramai.
Konvoi
Bersih yang diadakan di Pulau Pinang hari ini kurang mendapat sambutan,
walaupun dengan kehadiran Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dan wakil
rakyat tempatan.
Konvoi
yang disertai kurang daripada 50 orang berbaju Bersih, memulakan
perjalanan dari Tesco Alma Bukit Mertajam pada 7.30 pagi dan bergerak
melalui beberapa kawasan awam, termasuk pasar Taman Selamat dan pasar
pagi Machang Bubuk.
Bukan
itu sahaja, konvoi berkenaan juga gagal menarik perhatian penduduk
setempat, walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen terbabit
dimenangi DAP dan PKR yang menyokong Bersih.
Maria berkata, badan bukan kerajaan itu (NGO) tidak mengharapkan ramai yang akan menghadiri konvoi berkenaan.
“Kami
hanya menyasarkan 30 dan 40 orang yang akan menyertai konvoi ini,
kerana kami mahu berjumpa dengan orang ramai tentang pendapat mereka
mengenai tuntutan Bersih,” katanya ketika dihubungi.
Lima
tuntutan Bersih 5 ialah pilihan raya bersih, kerajaan bersih, kukuhkan
demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasa Sabah dan Sarawak.
Ditanya
sama ada tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempunyai
kesan terhadap perhimpunan Bersih, beliau percaya ia tidak menjejaskan
konvoi dan perhimpunan pada 19 November nanti.
“Kami
adalah NGO yang memperjuangkan pilihan raya dan pemerintahan bersih dan
bagi kes Guan Eng, saya serahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.
Saya berpendapat dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh
mahkamah,” katanya.
Sebahagian
penduduk tempatan yang ditemui semasa konvoi Bersih di Bukit Mertajam
tidak bersetuju dengan kehadiran anggota parti politik dalam perhimpunan
itu, manakala yang lain tidak menyokong Bersih kerana ia dikaitkan
dengan sebuah parti yang setiausaha agungnya menghadapi tuduhan rasuah
di mahkamah.
Terrance
Lee, 35, ketika ditemui berkata, sebelum ini beliau menyokong Bersih
dan sekarang beliau merasakan pergerakan itu melencong daripada tujuan
asal.
“Pada
3 perhimpunan sebelum ini, saya seorang daripada penyokongnya. Tetapi,
sekarang ketika ia memperjuangkan tuntutannya, saya lihat parti politik
lain turut menyertai konvoi dengan mengibarkan bendera dan memasang lagu
parti, membuatkan saya tertanya-tanya, apakah peranan Bersih sekarang?
Adakah masih sebagai NGO atau adakah dia bekerjasama dengan parti
politik?” katanya.
Menurut
Penyelaras Bersih Pulau Pinang, Francis Low yang mewakili NGO Aliran,
konvoi itu akan berada di Pulau Pinang sehingga 15 Oktober ini dan akan
bergerak ke Parit Buntar, pada Selasa. - FMT