t>

Breaking News

Firma China Dapat 1 Lagi Projek Mega Bernilai Hampir 1b, Kali Ini Dari PETRONAS - Ahli UMNO Luah Kekecewaan.


Perkara ini diluahkan oleh ahli UMNO Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin. Tulisnya di Facebook ;
Satu lagi Projek BARISAN NASIONAL di Petronas diberikan kepada Syarikat dari China bernilai hampir RM1billion. Selepas IMDB menjual aset dan projek kepada syarikat dari China. Petronas juga mengikut jejak yang sama, kedua identiti ini di kuasai oleh UMNO- parti memperjuangkan kepentingan Melayu konunnya sekarang dijual secara lelong oleh Najib Razak.
Petronas dengan bangga meterai perjanjian dengan Sinopec projek membuat gudang di kompleks Rapid Pengerang. Hina betul Melayusekarang di zaman Najib Razak, sudah 60 tahun Malaya merdeka, anak Melayu tak mampu nak buat gudang.
Khabarnya kena bagi kepada Sinopec kerana harganya rendah dari pembida lain, kenapa nak tipu lagi.. bukankah masa kamu nak bagi Projek MRT kepada George Kent pembuat meter air, harga GK agak tinggi dari pembida paling rendah, tapi kamu arahkan George Kent turunkan harga yang sama rendah. Jika tak betul, sila macai kamu dalam MyKmu atau Jasa menjawab, sebaiknya kamu jawab sendiri dlm mana2 media sosial kamu.
Aku berada dan sudah bergerak aktif dalam UMNO di zaman bapa kamu berkuasa, kau masih di London. . Itu sebab aku berani berkata jauh panggang dari api, visi Tun Razak akan kecintaan dan sayangnya kepada bangsa Melayu..
Memang benar aku pernah katakan bahawa Najib Razak, bau badan Tun Razak pun tidak ada. Maka harapan apa bangsa Melayu dibawa kepimpinan kamu? Dulu di zaman bapa kamu yang bernama Tun Abd Razak Hussein, bila membuat satu dasar dan keputusan..
Soalannya kepada pembentang kertas kerja itu, ialah apa yang Melayu dapat hasil dari keputusan itu, jika tidak menguntong Melayu, setakat itu sahaja perbincangannya. Tetapi di zaman kamu berlainan sekali. Dalam diam mungkin kamu fikir apa yang kamu dan kroni dapat.
Melayu kamu hina, secukup dan semahu kamu, Soal hak pendidikannya, soal perniagaan. Dan masa depannya semua tidak ada di zaman kamu. Ada lagi harapan Melayu dengan UMNO yang kamu menjadi Presidennya? Jawablah dan bagi pencerahan.
Bandar Sri Permaisuri.
Oktober 4, 2016.