t>

Breaking News

Hutang Peneroka Naik Mendadak Dari 100k Kepada 250k - Padah Percaya Isa Samad!



Hutang Peneroka Dari RM100K Kepada RM250K

Oleh : Naraza Muda

Sebelum ini ramai orang menuduh saya mengada-adakan cerita peneroka Felda berhutang melebihi RM100,000 dan bakal mencecah RM250 hingga RM300 ribu bila memasuki proses perjanjian tanam semula kali kedua.

Setelah anak-anak mereka berusan dengan pejabat pengurusan barulah mereka tergaman. Mereka mulai tertekan dan ada yang menyalahkan saya kerana membiarkan hal ini berlarutan. Kenapa pula saya di salahkan? Saya hanya cuba menyampaikan apa yang berlaku dan kebimbangan di hari kemudian.

Bermula awal tahun 2016 lalu, saya serius menemui peneroka di berpuluh tanah rancangan felda daripada 317 seluruh negara. Tan Sri Isa Samad berjanji akan menyelesaikan penyata hutang terperinci pada akhir September ini di 11 wilayah Felda seluruh negara. Hasilnya ada peneroka mengadu hutang mereka sudah mencecah RM270,000.00 (tanam kedua)

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya juga menerima pertanyaan dan rujukan bertubi-tubi selepas isu hutang peneroka agak menjadi isu hangat di kalangan warga Felda. Mereka merasa sangat hairan dan pelik. Saya kata tidak pelik. Yang peliknya kita. Tidak berani membantah, tidak berani membuat perubahan.

JawatanKuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) bukan lagi menjadi pembela kepada warga peneroka Felda, sebaliknya hanya menjadi penghias seri bila ada mesyuarat. Jarang mereka membantah dan kemukakan perihal hutang ini.

Sebelum itu, kita kena tahu beberapa golongan peneroka terbentuk akibat dari haluan pengurusan yang berbeza-beza diantara 112 635 peneroka seluruh negara.

Antara mereka ialah:

1. Mereka yang menyerahkan semua urusan pengurusan kebun kepada Syarikat yang dilantik Felda iaitu Felda Technoplant.

2. Mereka yang menguruskan urusan kebun di bawah Felda.

3. Mereka yang menguruskan urusan mengeluarkan hasil secara sendiri tetapi masih berusan dengan Felda seperti, bekalan baja , jalan pertanian dan penuaian BTS.

4. Mereka yang menguruskan sendiri urusan seperti tanam semula pertama atau kedua, menguruskan sendiri penjualan BTS dengan kilang Felda atau sebaliknya.

Kadar angka hutang juga berbeza-beza antara tanah rancangan. Langkah terbaik buat masa ini ialah setiap peneroka atau waris mereka mesti mendapatkan penyata hutang terperinci seperti mana yang dijanjikan oleh pengerusi Felda.

Selepas itu barulah mendapat penjelasan dari pihak pengurusan. Jika tidak berpuas hati, nanti kita boleh duduk berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Bayangkan operasi Technoplant sekitar tahun 2005 dan setelah sepuluh tahun mereka tiada rekod pecahan hutang dan rekod terperincil perolehan tan BTS sudah pasti saya merasakan keributan akan berlaku bila ketelusan dan kemunasabahan catatan hutang nanti bakal dipertikaikan.

Buletin Online Mon, Oct 3rd, 2016