t>

Breaking News

Mangsa Keganasan Gerakan #Merah, Bukan Anggota Polis - PDRM.





KETUA POLIS DAERAH SABAK BERNAM.


PENJELASAN MENGENAI SEBARAN VIRAL ‘KUSAINI KASSIM ANGGOTA PDRM SERTAI BERSIH’ YANG VIRAL DI MEDIA SOSIAL.

1. Pihak Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa seorang lelaki Melayu yang bernama Kusaini bin Kassim telah membuat satu laporan polis pada 08.10.2016 bahawa beliau merupakan seorang peserta Konvoi Bersih 5.0, yang mana ketika melalui simpang lampu isyarat di Sepintas, Sabak Bernam telah ditendang dan dipukul oleh beberapa orang penyokong Baju Merah.

2. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai Pembantu Am Rendah, Gred N1 dan *bukannya seorang anggota PDRM* sepertimana yang telah diviralkan.

3. Pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap mana – mana pihak yang menyebarkan (viral) perkara ini kerana perbuatan tersebut sengaja dilakukan dengan maksud untuk memburuk-burukkan imej PDRM.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh :
Supt. Nor Azmi bin Haji Isa
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam
Bertarikh : 11/10/2016