Manifesto Lindungi Hutan & Alam 2013 - PAS Langsung Tak Hantar Wakil Dedah Aktivis.

 
Drama balak di Kelantan dah jadi viral. 

Masa BN memerintah negeri Kedah, Perak dan Kelantan, Pas dok kutuk BN sapu balak. Bila depa dapat peluang memerintah...depa pun buat benda yang sama. 

La ni..kat Kelantan...Amanah pun dah semakin bising pasal balak. Masa dalam Pas dulu...depa pun buat benda yang sama.

Parti mana yang naik pun...akan buat benda yang sama sebab menggunakan dasar dan sistem yang sama.

Pada bulan February 2013, Transparency International dengan 22 NGO yang berkaitan alam sekitar telah menganjurkan Persidangan Alam Sekitar Kebangsaan di Petaling Jaya. 

Persidangan tersebut telah menghasilkan satu manifesto yang meminta setiap parti politik berikrar tentang lima perkara.

1. Semangat kemampanan. (Spirit of sustainability)
2. Hak Orang Asal (Rights of indigenous people)
3. Penglibatan orang awam (People's participation)
4. Konvensyen global (Global convention)
5. Inter-party eco-platform .

Semua parti politik dijemput untuk berikrar untuk bekerjasama dalam melestarikan alam.

Diantara parti politik yang menghantar wakil ialah PKR, DAP, Gerakan, MCA.

Yang buat tak tau ialah Umno dan PAS.
Oleh : MSK.

Share this :

Previous
Next Post »