Orang Asli Dihasut? Ini Penipuan PAS Kelantan Yang Anda Perlu Tahu.


Tanpa melupakan penipuan lampau, janji kerajaan negeri Kelantan untuk bertemu dan berunding dengan orang asli kali ini diterima baik. Kotakan janji itu.

Rujukan 1 : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/kerajaan-negeri-sedia-jumpa-orang-asli-1.569058

Rujukan 2 : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/isu-balak-kerajaan-negeri-beri-amaran-1.569699

1. Janji kerajaan negeri melalui Timbalan Menteri Besar untuk berunding dan bertemu dengan orang asli direkodkan dan diambil perhatian serius oleh Parti Sosialis Malaysia, supaya ianya tidak sekadar kenyataan media sahaja.

2. Untuk rekod, perjuangan majoriti orang asli pernah dimanipulasi dengan seorang yang memohon maaf kepada MB Kelantan, melalui pertemuan kerajaan negeri. Peristiwa itu berlaku pada Mac 2012.

Rujukan : http://www.pmbk.gov.my/index.php/en/berita-2/45-berita-2012/381-saman-orang-asli-mohon-maaf-kepada-mb

3. Pada 19/01/14, satu pertemuan diantara Dr. Jeyakumar PSM, wakil Biro Orang Asli PSM , JKOASM dengan Ustaz Abdullah (Penyelaras DUN Galas), Ustaz Azman Ahmad (Penyeleras Parlimen Gua Musang), Ustaz Zulkefli  (Pengerusi Lajna Alam Sekitar PAS Pusat) Ustaz Abdullah dan Ustaz Azman telah berjanji untuk mendapatkan temujanji dengan EXCO Kerajaan Kelantan tetapi TIADA JAWAPAN.

4. Pada 24/02/16, Parti Sosialis Malaysia bersama kira-kira 50 (berkemampuan hadir) penduduk Orang Asli Kampung Sendrod, Lojing Kelantan, telah membuat 6 laporan polis terhadap 2 syarikat yang dikatakan akan memulakan kerja-kerja di kampung mereka. Salah satu syarikat tersebut juga telah memasang papan tanda memberi peringatan kepada penduduk, supaya mengalihkan paip-paip air mereka.

5. Pada 30/03/16 - Orang asli bersama PSM menghantar memorandum dengan tangan di Kota Darul Naim (SUK) kepada MB Kelantan meminta temujanji berjumpa dengan penduduk OA Lojing. Memorandum diterima oleh Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan (SU Sulit MB). Jawapan diterima pada hujung April 2016 mengatakan MB tidak sihat bertemu.

6. Pada 10/07/16, orang asli Lojing nekad menyekat jentera pembalak, mengambil kunci kenderaan itu, menyerahkan kepada polis, dan membuat laporan polis di IPD Cameron Highland.

7. Pada 25/07/16, 'occupy' dan memorandum kepada Pegawai Daerah Gua Musang meminta temujanji berjumpa dan moratorium untuk hentikan segala penolakan tanah di Lojing. Jawapan diberi bahawa isu ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Tanah Kerajaan Negeri di Krabi. Tetapi selepas itu tiada jawapan.

8. Sehubungan dengan itu, dakwaan orang asli tidak berusaha bertemu pihak kerajaan negeri adalah dusta. Janji terbaru kerajaan negeri melalui sidang media ini kami akan rekodkan untuk tindakan susulan.

Suresh
Biro Orang Asli
Parti Sosialis Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »