t>

Breaking News

Pengurusan Hutan Terbaik? Aktivis Alam Sekitar Dedah Penipuan Nik Amar, Kantoi KAW2, Memalukan!

MEMalukan! Sebagai seorang pemimpin, Nik Amar sepatutnya ambil tahu terlebih dahulu maklumat yang disampaikan sebelum secara sebarangan menghebahkan kepada pihak media. 
Semalam Nik Amar cuba menuding jari kepada pihak lain dalam isu pembalakan dan ini apa yang dikatakan oleh aktivis alam sekitar mengenai kenyataan Nik Amar yang dipetik menerusi FMT (rujuk gambar).

MSK menulis ;
Nik Amar kata Kelantan dianugerahkan sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan hutan.
Wei..Sarawak yang paling teruk pun kata depa yang terbaik!!
"Pengurusan hutan terbaik" bukan lah anugerah negeri mana yang paling best. Ia adalah satu sistem pengurusan hutan...macam GMP..Amalan Perladangan Baik, etc.
Semua negeri mengamalkan 'Pengurusan Hutan Terbaik'. Dan di Semenanjung, Kelantan adalah 'the worst among the best'.
Dan bagi sapa-sapa yang kurang paham tentang 'pengurusan hutan terbaik' ini, baca komen Meor Razak ini.
" Untuk makluman abang Mat Saman Kati, saudara Zakaria Muhd Akhir dan rakan-rakan yang lain, Timbalan MB Kelantan cuba mengelirukan rakyat atau beliau tidak faham tntg pengurusan hutan. Pensijilan pengurusan hutan hanya tertakluk di Hutan Simpanan Kekal - Hutan Asli (HSK - Hutan Asli) sahaja. Kawasan HSK yang dirancang untuk tujuan program tanamam monokultur atau lebih dikenali sebagai hutan ladang, perlombongan dan kuari dan lain-lain guna-tanah tidak tertakluk kepada keperluan pensijilan hutan dan catuan tebangan tahunan (CTT). Kawasan HSK untuk tujuan aktiviti2 tersebut mengamalkan pengusahasilan (pembalakan) secara tebang habis (clear cutting) atau cuci mangkuk manakala amalan pengusahasilan di kawasan HSK yang tertakluk kepada pensijilan mengamalkan tebangan memilih dan 'sustainable logging'. 
Dalam konteks isu / kes yg berlaku, kawasan tersebut tidak tertakluk kepada pensijilan hutan kerana untuk tujuan program tanaman monokultur. Pengiktirafan pensijilan hutan bukan dianugerah oleh Kementerian atau Kerajaan Persekutuan tetapi diiktiraf oleh Malaysian Timber Certification Council (MTCC). Jadi nampaknya agamawan politik ni cuba mengelirukan rakyat."