Darul Rizqi Caj Mahal2 Sampai 32k, Jual Air Yasin 40 Per Botol, Mangsa Dedahkan Penipuan.

Kisah yang sedang viral sekarang. Mengenai Pusat Perubatan Islam, Darul Rizqi yang mana telah mengenakan caj rawatan terlampau tak masuk akal kepada pesakit. Kisah ini bermula apabila sang anak kepada pesakit yang pernah menerima rawatan dari pusat berkenaan tampil menghebahkan penipuan yang dialaminya.

Menurutnya ;



Saya mangsanya. Menipu menggunakan nama Islam. Dalam keadaan terdesak mengambil kesempatan, pada awalnya mengatakan rawatan susulan percuma tetapi rupa2nya itu hanya permainan kata-kata. Sampaikan orang tua serahkan rantai emas semata-mata nak berubat pulihkan penyakit.

Tambah mangsa lagi ;



Sakit tak baik juga. Bahkan masih terasa. Tiada apa yang berubah juga. Alahai. Kasihannya. Guna nama Islam tak selari dengan aspirasi agama. Selain caj perubatan alternatif yang mahal-mahal, mereka juga menjual agama dalam bentuk produk.

Lihatlah bilnya ;



Santau patung berjasad? 2,600? 
Mandian sunnah tutup ubat? 900?
Rahim senget 4,300?
Buah pinggang bengkak 10,000?
Diabetes 5,000?

Ini nak mengubati ke atau nak menambahkan lagi masalah orang sakit. Berdasarkan tauliah perubatan apa yang sampai dia tahu pesakit tersebut mempunyai penyakit-penyakit yang disebutkan? Ke main reka-reka aja?

Kesian pesakit tak pasal-pasal lebur 5,000 tapi penyakit tak pulih pula. Setelah aduan di atas viral, dimaklumkan pihak KPDNKK ada datang membuat penyiasatan tetapi tiada tindakan diambil. Perubatan Islam Darul Rizqi juga seolahnya berbangga kerana terlepas dari sebarang tindakan undang-undang. Apa kata anda? Patutkah mereka dibiarkan bebas mengenakan caj rawatan yang mahal-mahal menggunakan nama Islam sehingga mewujudkan sangkaan buruk terhadap agama? - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »