Saya Dah Tahu Awal-Awal Pembangkang Nak Keluar Dewan - SPEAKER Pandikar Amin Mulia.


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau mengetahui lebih awal plot pembangkang untuk keluar Dewan Rakyat pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas.

Katanya beliau mendengar ura-ura tindakan itu sehari sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman-teman bahawa esok ada tindakan keluar dewan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan kepada Anggota Parlimen berhubung larangan perbincangan mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana bersifat subjudis selepas sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Sumber : Astro Awani

Share this :

Previous
Next Post »