t>

Breaking News

Selepas Dikritik, Penganjur Menjelaskan Laksa Sarawak Basi Kerana Itulah Ia Dibuang.

Laksa Sarawak terbesar yang mencipta rekod negara baru-baru ini terpaksa dibuang kerana mulai basi dan berbau busuk, kata penganjur.
Plaza Merdeka Management Sdn Bhd berkata, juadah yang dimasak pada pagi Jumaat didapati mula mengeluarkan bau kurang enak kira-kira pukul 7 malam hari sama, lapor Borneo Post.


“Selepas pelancaran itu kita tidak boleh edarkan [laksa] kerana diberitahu kuah yang menggunakan santan kelapa sebagai bahan utama perlu sentiasa dipanaskan dalam suhu tertentu,” kata pengurus besar Cheah Kheng Mun.
Beliau menjawab kritikan 1,500 mangkuk laksa Sarawak yang sepatutnya diedarkan kepada  pengunjung selepas mencipta Malaysia Book of Records.
Hidangan dalam mangkuk sebesar 1.3 meter mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam. - MalayMail