t>

Breaking News

3 Penyokong BERSIH 5 Insaf Selepas Berjumpa Jamal Cerita Bohong Kata Penganjur.

Bersih 2.0 mengesahkan 3 pemuda yang bergambar bersama Datuk Jamal Yunos merupakan penyokong kumpulan itu, bagaimanapun menafikan mereka sudah bertukar haluan seperti didakwa ketua Gerakan Baju Merah itu.
Naib Pengerusi (Pantai Barat) Bersih 2.0, Jay Jay Dennis berkata kesemua mereka berikrar akan menyertai perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.
Menurutnya, ketiga-tiga merupakan mahasiswa.

“Dakwaan kononnya ketiga-tiga mereka ‘insaf’ dan tidak lagi menyokong Bersih selepas bertemu Jamal tidak betul, sebab salah seorang ahli jawatankuasa Bersih yang rapat dengan salah seorang pemuda dalam gambar itu memberitahu mereka masih lagi menyokong Bersih dan akan turun pada 19 November ini,” kata Jay Jay kepada FMT.
Gambar Jamal bersama 3 pemuda itu tersebar luas.
Jamal berkata beliau bertemu mereka sewaktu solat di sebuah masjid di Ampang, dan selepas mendengar penjelasannya, mereka “insaf” dan tidak mahu menyokong Bersih.
Gambar tersebut turut mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu ini.
Jay Jay berkata ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu “berhenti menipu rakyat”, sambil menambah taktik yang digunakannya sudah lapuk.