t>

Breaking News

4 Beradik Anak Pegawai Kanan Bukit Aman Didakwa Melacurkan 3 Siswi.

Empat beradik, anak seorang pegawai kanan polis, dituduh di mahkamah atas kesalahan melacurkan tiga pelajar pusat tinggi tempatan di sebuah resort di sini, Ogos lalu. 

Muhamad Syibri Mazlan, 29, Muhamad Suhail, 26, Muhamad Syahiran, 25, dan Muhamad Syahfiz, 24, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail, lapor Kosmo! hari ini. 

Semua tertuduh didakwa bersama-sama memperdagangkan tiga gadis berusia 18, 19, dan 20 tahun bagi maksud dilacurkan di D’Village Resort Melaka pada pukul 10.45 malam 26 Ogos lalu.

Empat anak Datuk itu, yang bertugas di Bukit Aman, boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda menurut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran jika didapati bersalah.

Sementara Berita Harian pula melaporkan mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan dimestikan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah juga menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - The Malay Mail.