t>

Breaking News

Adam Kunci Akaun Instagram Selepas Netizens Screenshot Kemewahan2 Yang Adam Paparkan.

Adam menerima serangan hebat di laman sosial ketika ini berikutan penyebaran tentang kekayaan luar biasanya. Tidak hanya dipersoalkan oleh pro BN bahkan ianya turut dipersoalkan bertubi2 oleh mereka yang pro pembangkang.

Ketika ini dipercayai hanya geng2 Zuraidah dan Azmin yang mempertahankan intergriti Adam sebaliknya yang lain mengambil pendirian mendesak Adam mendedahkan jumlah pendapatannya bagi membuktikan Adam sememangnya layak memiliki aset-aset sebegitu dalam usia muda dengan masa yang agak singkat juga.

Selepas didedahkan Adam membeli rumah lelong yang berharga 1 juta (dan dia sebut rumah itu murah juga), netizens mula menyelongkar beberapa butiran mengenai Adam di account-account media sosialnya.

Antara yang menarik perhatian netizens ialah apa yang disebarkan oleh Adam menerusi akaun Instagramnya.



Menerusi akaun tersebut, Adam telah memaparkan kehidupan2nya yang agak mewah. Namun tiada sebarang petunjuk tentang jenis perniagaan yang dijalankan Adam mahupun bapanya. Adam tidak mengemaskini apa2 tentang perniagaannya di laman sosial.


Apa yang diupdate oleh Adam menerusi akaun Instagramnya discreenshot dan disebarkan dengan tujuan menyerang dirinya. Agaknya disebabkan itu, akaun Instagram Adam kini ditutup khusus untuk yang follow dia sahaja.


Hah, apabila ditutup maka semakin besarla kecurigaan yang akan timbul melainkan Adam berjaya membuktikan bahawanya dia telah disalah-fahami masyarakat.