Cepat Umumkan Baitulmaqdis Ibu Kota Israel, Trump! - Desak Menteri Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump perlu segera mengotakan janjinya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rasmi Israel kata Pengerusi Parti Bayit Yehudi (atau bermaksud Rumah Yahudi) dan Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennet.

Beliau berkata, Trump yang telahpun memenangi jawatan presiden tersebut, kita tiba masanya agar beliau melaksanakan apa yang telah diikrarkan.


“Kemenangan Trump merupakan satu peluang untuk Israel segera diiktiraf sebaga sebuah negara, selain menarik kembali tanggapan bahawa tanah yang diduduki adalah hak milik Palestin, supaya keselamatan Israel tidak akan diancam.”






“Inilah sebahagian daripada ikrar Trump sekiranya beliau dilantik menjadi presiden AS yang ke-45, seperti tertulis di dalam teks ucapan kempen beliau. Perkara ini juga harus dijadikan polisi negara kami,” tambah Bennet lagi.

“Era negara kota Palestin sudah pun berakhir,” kata Bennet dengan nada angkuhIsrael secara haram menawan Baitulmaqdis Timur yang sebelum itu diduduki bangsa Arab semasa perang Arab-Israel pada 1967 dan merampasnya pada 1980.

Rejim Zionis kemudian mengisytiharkan keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. AS dan kebanyakan negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu lain tidak pernah mengiktiraf tindakan Israell.Masyarakat antarabangsa malah menganggap status muktamad Baitulmaqdis sebagai isu utama yang perlu diselesaikan dalam rundingan damai Asia Barat.


Washington DC di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama pernah mengusulkan pelan damai untuk mengiktiraf negara Palestin dan Israel sebagai jalan perdamaian. – AFP

Share this :

Previous
Next Post »