Dan Ini Kisah Kanak-Kanak Yang Mati Kerana Dirogol Berulang Kali Pada 2004.. - Apandi Ali Patut Membuat Rayuan Kes Ini, Pembunuh Terlepas Hukuman Mati..

Lidah membisu.
Mulut terkunci.
Tiada kata-kata yang mampu dilontarkan.
Kerana kejutan yang diterima adalah sesuatu yang diluar dari pemikiran manusia.

Seperti itulah masyarakat menterjemahkan kes pembunuhan kejam yang melibatkan kanak-kanak comel berusia 10 tahun pada ketika itu, Nurul Huda Abdul Ghani.

Siapakah adik Nurul Huda ini?

Berusia 10 tahun pada 2004, ialah seorang kanak-kanak periang, peramah dan bijaksana. Dia ialah seorang pengawas di sekolah dan anak bongsu dari 9 adik beradik. Menjadi anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia manja dan menjadi kesayangan ibu bapa dan adik beradik yang lain.

Bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku dan tinggal di kawasan perumahan kampung di Gelang Patah.


Kronologi kejadian pada hari malang.

Pada hari kejadian, Nurul bersama dua orang kakaknya tinggal di rumah selepas kedua ibu bapa mereka keluar meniaga. Itulah kali pertama Nurul ditinggalkan. Dan mereka bertiga bercadang mahu memasak untuk kedua ibu bapa tersayang.

Nurul bertugas ke kedai atas permintaannya sendiri. Menggunakan basikal yang baru dibeli bapanya, Nurul ke kedai yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari kediaman. Nurul mahu membeli ikan dan telur. Nurul keluar pada jam 9.30 pagi. Oleh kerana lokasi kedai yang dekat dengan kediaman, Nurul dibenarkan keluar oleh kakaknya tambahan pula mengambilkira situasi kampung yang tenang dan aman selama ini.

Menjelang jam 10 pagi. Kelibat Nurul masih tidak kelihatan di hadapan rumah. Membuatkan hati kakak-kakak Nurul tertanya-tanya dan berasa gelisah. Mereka akhirnya memulakan pencarian Nurul di seluruh pelusok kampung dan jiran-jiran turut membantu mencari juga.

Menjelang jam 12.45 tengahari apabila Nurul masih gagal ditemui abang sulung kepada Nurul yang dikenali dengan nama panggilan Amer akhirnya membuat laporan polis.

Bagaimana Nurul Huda akhirnya ditemui.

Rasa syak wasangka. Membuatkan penduduk mula berkumpul dan mengepung beramai-ramai di hadapan pondok pengawal stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad. Memanggil-manggil nama Nurul dari luar dengan harapan Nurul akan sahut kembali.

Stesen Janakuasa itu sebenarnya baru sahaja beroperasi di kampung tersebut. Terletak 100 meter dari kawasan rumah keluarga Nurul. Dan untuk ke kedai berhampiran, adik Nurul Huda perlu melalui kawasan tersebut.

Beberapa penduduk kampung mula melakukan percubaan untuk memasuki kawasan pondok stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad namun dihalang dari pagar/tembok yang sangat tinggi. Tambahan pula pegawal keselamatan juga enggan memberikan kerjasama. Apabila dua anggota peronda polis datang selepas Amer membuat laporan polis mereka melakukan rondaan di seluruh kawasan luar Stesen Janakuasa TNB bersama kedua ibu bapa Nurul. Ibu Nurul turut memberitahu dia merasa curiga dengan pondok pengawal tersebut.

Anggota polis turut bertanyakan beberapa soalan kepada pegawal keselamatan namun tingkahlaku yang mencurigakan dan reaksi yang seperti menyembunyikan sesuatu membuat rasa syak semakin melebar. Apabila disuruh membuka pintu pencawang tersebut, pengawal keselamatan enggan memberikan kerjasama.

Kedua anggota polis itu bersama Amer Effendi kemudian akhirnya membuat keputusan untuk memanjat tembok bagi memasuki pondok pengawal..

Segala-galanya terdedah selepas anggota polis dan abang kandung Nurul memasuki kawasan pondok pengawal..

Mencangkung dengan keadaan tanpa pakaian. Tangan terikat ke dagu dan mulut ditutup dengan kain. Lemah tanpa suara. Di dalam tandas yang terdapat di pondok tersebut. Satu situasi yang mana-mana abang kandung tidak boleh menerima adiknya diperlakukan sedemikian rupa.

Dengan hati yang pecah, abang Nurul Huda, Amer Effendi kemudiannya mengambil adiknya, membaringkannya, menutupnya dengan baju dan membawa keluar dari lokasi ngeri itu.

Dengan perasaan yang begitu marah, Amer Effendi mahu sahaja memukul pengawal keselamatan tersebut namun tindakannya dihalang oleh orang ramai bagi mengawal keadaan.

Nurul Huda akhirnya mati selepas diseksa..

Terlalu lewat menerima rawatan. Keadaannya yang terlalu lemah tidak dapat diselamatkan. Diliwat dan dirogol berkali-kali. Post mortem ini sudah cukup membuatkan masyarakat merasa marah dan benci kepada pelaku jenayah.

Menurut Amer, ketika dia membawa adiknya keluar dari kawasan kejadian, adiknya berada dalam keadaan separuh sedar dengan matanya layu separuh terbuka. Suhu badannya masih panas, mulutnya terbuka dengan lidahnya kelihatan hampir lebam. Adiknya masih bernyawa.

Amer menaiki van milik salah seorang rakannya bersama kedua ibu bapa menuju ke klinik kesihatan Gelang Patah. Jam ketika itu menunjukkan waktu 1.30 tengahari. Ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan, Nurul berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak bergerak. Amer memberikan bantuan pernafasan kepada adiknya. Namun usaha itu tidak mampu kembalikan nyawa Nurul yang mula berlalu pergi beransur-ansur dari jasad adik Nurul..

Siapakah penjenayah kejam itu

Menurut siasatan awal pihak polis, mendapati 3 lelaki berbeza melakukan jenayah seksual terhadap Nurul Huda namun hanya seorang sahaja dibawa ke muka pengadilan dan didakwa. Iaitu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang mana sebelum ini dilaporkan telah menghunuskan parang dan enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis, Mohd Abbas Danus Baksan yang ketika itu berusia 47 tahun.


Berasal dari Kelantan dan mempunyai 8 rekod jenayah yang melibatkan kes samun di Skudai, Jinjang, Sungai Way dan Pasir Gudang.

Mohd Abbas sebenarnya baru 6 bulan bertugas sebagai pengawal keselamatan ketika itu. Ketika insiden baru berlaku, kecoh juga media mempersoalkan piawaian pemilihan pengawal keselamatan yang longgar terutamanya membabitkan agensi berkaitan kerajaan. 

Namun cakap-cakap itu sekadar retorik apabila selepas beberapa tahun berlalu, berlakunya satu lagi kejadian malang membabitkan pengawai bank yang ditembak mati oleh pengawal keselamatan juga atas kecuaian dalam mengawalselia pemilihan pengawal keselamatan.

Hasil siasatan polis yang merekodkan keterangan Mohd Abbas mendapati 2 rakan Mohd Abbas turut terlibat dalam perbuatan jenayah tersebut.

Tergamak senyum selepas dibebaskan dari hukuman mati
Dua rakannya yang lain tidak pernah dinamakan dalam media.

Mohd Abbas terlepas hukuman mati.

Ya, penjenayah kejam ini terlepas hukuman mati dalam rayuannya pada tahun 2008.

Mohd Abbas mengaku bersalah melakukan jenayah terhadap arwah adik Nurul Huda yang berusia 10 tahun pada ketika itu sehingga menyebabkan kematiannya pada 17 Januari 2004 di pondok pengawal stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad, Tanjung Kupang.

Mohd Abbas dikenakan hukuman penjara 20 tahun dengan 24 sebatan pada 27 Ogos 2004 namun Mohd Abbas terlepas dari menjalani hukuman sebatan atas faktor usia (berusia 52 tahun pada 2008).

Semasa membenarkan rayuan Mohd Abbas, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terlibat dalam kes itu.

"Dengan itu semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh perayu (Mohd Abbas)," katanya semasa memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Bersidang bersama-sama dengan Hakim Zaki ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Aziz Mohamad.

Mohd Abbas kelihatan tergamam selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan keputusan itu kepadanya.
Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan "Jojo" merogol budak perempuan itu.

Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.


Berbaloikah hukuman 20 tahun? Bapa Nurul Huda bergantung pada ubat penenang sejak kejadian..

Jika mengambilkira hukuman 20 tahun ini bermaksud dari tahun 2004 kepada 2014 kepada 2024. Ini bermaksud selama 20 tahun pembayar cukai perlu menanggung hidup Mohd Abbas dalam penjara. Makan, minum dan keperluannya. 8 tahun lagi sebelum Mohd Abbas dibebaskan dari penjara.


Seorang pembunuh tetapla pembunuh. Seorang perogol tetapla perogol. Seorang peliwat tetapla peliwat. Samada dia melakukan perbuatan itu secara sendirian mahupun beramai-ramai.

Sejak dari itu, banyak kes liwat dan rogol melibatkan kanak-kanak dan kebanjikan kes pedofil tidak lagi menjadi asing di Malaysia.

Keselamatan kanak-kanak seringkali terancam walaupun di dalam kawasan sekolah dan di dalam rumah.

Alasan peguambela bahawanya Mohd Abbas tidak melakukan kesalahan itu secara bersendirian tidak sepatutnya diterima hakim sehingga menarikbalik hukuman mati terhadap pelaku jenayah kerana kesannya terhadap emosi keluarga mangsa dan masyarakat adalah sangat dalam. 

Kes-kes seperti inilah yang akhirnya mencemarkan reputasi mahkamah dan perundangan di negara kita.

Menurut laporan Utusan pada 2008, bapa Nurul Huda dilaporkan terpaksa menelan pil penenang selepas berlakunya tragedi malang itu. Setiap hari. Ini membuktikan betapa kejadian itu mendatangkan calar yang amat berat buat dirinya.  

Rayu kes ini Apandi Ali, bukannya isu suami isteri yang kacau penguatkuasa MBSA...

Jika, penjenayah itu masih hidup aman damai di dalam penjara, maka buatla rayuan ke atas kes ini Apandi Ali. Mari kenakan hukuman mati kepadanya kerana itulah hukuman selayaknya buat Mohd Abbas selepas mematikan adik Nurul Huda yang comel. 

Masyarakat tidak mahu retorik. Masyarakat mahukan keadilan dalam erti kata sebenar.

Bahkan Jabatan Peguam Negara patut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi membuka kes siasatan kematian kejam pembunuhan adik Nurul Huda bagi menahan 2 orang pelaku jenayah yang turut terlibat dalam insiden liwat dan rogol kanak-kanak malang itu.

Mereka masih diluar sana. Bergembira dan hidup seperti biasa walaupun selepas membunuh ahli keluarga seseorang. Tanpa mengenal rasa insaf mereka bebas menjalani kehidupan selepas meninggalkan tragedi hitam buat keluarga Abdul Ghani.

Rujukan :  http://reformismuda.blogspot.my/2008/10/terbelakah-hak-nurul-huda-ghani.html

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=365024

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

http://hayati-pointofview.blogspot.my/2007/09/kisah-pembunuhan-nurul-huda.html

https://syahrilkadir.wordpress.com/2008/10/16/antara-dendam-dan-airmatasuspek-bunuh-adik-nurul-huda-terlepas-hukum-gantung/ 

Share this :

Previous
Next Post »