t>

Breaking News

Dikritik Kerana Berpakaian Seksi, Ini Jawapan Raysha Adik Nelydia Kepada Netizens.

Pelakon dan pengacara Raysha Rizrose, 19, mengakui tidak terkesan dengan kecaman netizen terhadap penampilan seksinya sewaktu menghadiri Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) baru-baru ini. 

Menurut Raysha komen-komen yang dilontarkan kepadanya dirasakan kelakar padahal mereka tidak tahu perkara sebenar lapor Harian Metro. 


“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya. 

“Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu. 

“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. 

Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya lagi, memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, fotonya bersama Nelydia menarik perhatian ramai kerana dikatakan terlalu seksi. Pelbagai kecaman dilemparkan netizen sehingga Nelydia menyahaktif ruangan itu.