t>

Breaking News

Harga Petrol Ditetapkan Kaedah Apungan Ataupun Najib Soal Wakil Rakyat - Inila Akibatnya Apabila Menteri Kalut Nak Bodek Najib.

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San membidas kaedah kerajaan persekutuan menetapkan harga bahan api yang yang tidak diketahui umum dan dianggap terlalu samar.
Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan secara senyap-senyap memberi subsidi bahan api sambil mendakwa secara terbuka bahawa subsidi berkenaan telah pun dimansuhkan.
Ini susulan kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani yang berkata, harga bahan api sepatutnya meningkat sebanyak 20 sen seliter, tetapi hanya naik sebanyak 15 sen seliter atas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lau berkata, walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan bahawa harga ditentukan oleh “mekanisme sistem apungan terkawal bahan api”, butiran kekal kabur.
“Ataupun kerajaan tidak sebenarnya mempunyai formula yang tetap untuk membuat pengiraan? Kalau adapun, ia akan tertakluk kepada budi bicara Perdana Menteri.
“Bukankah benar kalau harga bahan api betul-betul bergantung kepada perubahan harga pasaran sedunia, maka ia tidak memerlukan campur tangan manusia?
“Sekiranya ini berlaku, maka akan berlaku fenomena di mana jika harga akhir lebih rendah daripada harga pasaran, kerajaan mungkin perlu menanggung perbezaan harga dalam bentuk subsidi.
“Jika begitu, mengapakah kerajaan berkali-kali menyatakan bahawa subsidi bahan api telah ditarik balik?’ soalnya dalam satu kenyataan media.
Harga runcit bahan api runcit di Malaysia dikaji setiap bulan, dan harga RON 95, RON 97 dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 15 sen seliter pada tengah malam 1 November lalu.
Ini adalah harga tertinggi setakat ini sepanjang 2016.
Kenaikan itu menimbulkan rasa tidak puas hari orang ramai kerana harga minyak mentah global menjunam minggu sebelum kenaikan itu.
Sumber : Malaysiakini