t>

Breaking News

Hilang 9b Dalam ECRL? Ini Jawapan Kepada Penyokong Pembangkang.

Ini adalah jawapan dari bloggers UMNO tentang isu 9b yang dipersoalkan oleh pembangkang dalam projek ECRL. Bacalah penjelasan (pembohongan) mereka untuk memperbodohkan penyokong2 mereka.

KEMANA PERGINYA RM9B LAGI?

Cubaan pembangkang untuk memburukkan Kerajaan setelah berjaya memeterai perjanjian persefahaman dengan China Communications Construction Company (CCCC) gagal lagi!

Seperti biasa pihak pembangkang sentiasa melupakan pepatah yang berbunyi "Sebaik-baik Perancang Adalah Perancangan Dari Allah S.W.T" Satu persatu fitnah pembangkang telah diperlihatkan "Pembohongan Nyata Mereka".


Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Kerajaan Malaysia telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan China Communications Construction Company (CCCC) untuk pembinaan dan pelebaran jajaran keretapi meliputi bahagian pantai timur semenanjung Malaysia, bermula dari Pelabuhan Klang sehingga Jajahan Tumpat di Kelantan bernilai RM55 Billion (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/31/malaysia-china-menterai-perjanjian-projek-ecrl-esok/). Projek yang dirancang ini akan melalui bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pelabuhan Kuantan, Kemaman, Pelabuhan Kerteh, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Projek berimpak tinggi ini jika diteliti bukan hanya melibatkan kawasan yang disebutkan sahaja tetapi juga pelebaran jajaran keretapi sehingga ke kawasan Mersing di Johor.

Dengan pelaburan besar ini, manfaat akan dirasai di seluruh kawasan East Coast Economic Region (ECER) yang meliputi 51% kawasan semenanjung Malaysia di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pakej ECRL adalah meliputi zon timur yang bernilai RM46 Billion (http://en.ccccltd.cn/newscentre/companynews/201611/t20161102_50677.html) dan zon selatan yang bernilai RM8.9 Billion (http://en.ccccltd.cn/newscentre/companynews/201611/t20161102_50676.html). Adalah tidak tepat untuk menggambarkan projek berkenaan yang diwar-warkan bernilai RM55 Billion dengan hanya mengambilkira nilai untuk zon timur sahaja tanpa mengambilkira pakej asal yang sebenarnya juga melingkupi zon selatan.

Suara Merdeka Bersama Siasah

*#ThinkOutOfBox*