Jamal Sewel Isytihar Sokong #RUU355, Tak Sokong Pihak Yang Menolak, Mereka Syaitan.

Datuk Seri Jamal Md Yunos mengecam ahli Parlimen beragama Islam yang tidak menyokong dan mempersendakan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“Saya mengecam ahli Parlimen beragama Islam yang tidak menyokong dan mempersendakan RUU 355 dan saya sifatkan mereka adalah syaitan,” katanya.
Pengerusi gerakan Baju Merah itu berkata, beliau menyokong usul dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan percaya usul RUU 355 ini akan membawa kebaikan kepada masyarakat Islam di Malaysia.

“Saya mendoakan agar usul RUU 355 ini mendapat sokongan semua ahli Parlimen terutama yang beragama Islam kerana ia membawa kebaikan kepada masyarakat Islam di negara ini yang mendokong sistem demokrasi.
“Saya menyokong penuh usul RUU 355 yang dibawa PAS di Dewan Rakyat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hadi yang juga presiden PAS hari ini bertindak menangguhkan usul RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017. - FMT.

Share this :

Previous
Next Post »