t>

Breaking News

Jangan Guna Baju Kami Sertai #BERSIH5 Kata PAS.

Unit seragam PAS yang bertanggungjawab soal keselamatan hari ini melarang mana-mana pihak memakai baju pasukan itu pada perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.

Jabatan Amal Malaysia, yang menguruskan pasukan Unit Amal yang kerap mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta perhimpunan Bersih sebelum ini, berkata larangan itu sejajar dengan keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk tidak menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0 kali ini.
Ketua pengarah unit itu, Mohd Nazree Mohd Aris, berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas sesiapa yang memakai pakaian seragamnya termasuk topi yang mempunyai lambang atau nama Jabatan Amal Malaysia.
“Pihak Jabatan Amal Malaysia juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan dan kecederaan yang diakibatkan daripada tindakan individu yang menyamar sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan Bersih 5,” katanya.
Unit Amal PAS sebelum ini menerima pujian atas kejayaannya mengawal perhimpunan Bersih 1, 2 dan 3.
Bagaimanapun, keretakan hubungan antara pimpinan tertinggi PAS dengan badan NGO dan parti pembangkang lain sejak muktamar tahun lalu menyaksikan PAS tidak menyertai Bersih 4 pada Ogos tahun lalu. - FMT