t>

Breaking News

Jangan Marah Jika Polis Gunakan Meriam Air & Gas Pemedih Mata - KPN Kepada #BERSIH5

Polis Diraja Malaysia menegaskan sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan berlaku kekecohan pada perhimpuna BERSIH 5 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 19 November ini.
Bercakap kepada pemberita, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan akan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata sekiranya rusuhan berlaku.
"Sudah tentu kita bersiap sedia untuk menghadapinya (himpunan)," kata Khalid merujuk kepada himpunan BERSIH.

What You Need To Know About The EPF Scheme Enhancement 

"Saya tegaskan bahawa apa-apa tindakan pihak polis adalah mengikut undang-undang. Jangan marah jika kita ambil tindakan," kata Khalid dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama Mesyuarat Kerjasama Latihan Aseanapol Ketujuh (APCTM) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai penutupan jalan pada Sabtu ini, Khalid berkata perkara berkenaan tidak boleh didedahkan tambahan notis yang diberikan penganjur BERSIH tidak menyebut secara jelas kawasan yang ingin digunakan penganjur.
"Itulah masalah jika mereka tidak memberikan notis yang mencukupi, jadi saya tidak boleh beritahu jalan mana yang akan ditutup sebab kumpulan kuning kata mereka mahu berkumpul dekat Dataran Merdeka, tetapi dimana lokasi sebenarnya?
"(Baju) Merah juga ingin turut serta, tetapi dimana sebenarnya?" ujar Khalid.
Baju Kuning yang merupakan tema rasmi BERSIH kelolaan Maria Chin Abdullah dan S Ambiga sebelum ini menegaskan penganjuran BERSIH 5 kali ini adalah bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan selepas disebut sebagai Malaysian Official 1 didalam kes saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Merah anjuran Datuk Jamal Md Yunos dalam pada itu berjanji akan mmerangi BERSIH 5 yang disifatkannya mengancam demokrasi negara dengan mengadakan demonstrasi jalanan disamping mendakwa organisasi berkenaan dibiayai oleh penyangak mata wang, George Soros.
- Malaysian Digest