t>

Breaking News

Kes Pegawai SPRM Dera Isteri : "Aku Nak Pergi Umrah La", Terjerit2 Pegawai SPRM Ini Sambil Memaki Hamun Selepas Pasportnya Ditahan.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang disyaki mendera isteri, mengamuk di mahkamah hari ini selepas pasportnya ditahan.
Muhammad Nazrin Abdullah, 37, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut, marah dengan keputusan itu dengan alasan mahu mengerjakan umrah pada 13 November ini.
“Aku nak pergi umrah la,” jeritnya berkali-kali, dengan mengeluarkan kata-kata kesat di kandang tertuduh, lapor Harian Metro.


Nazrin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menunjukkan parang panjang kepada birasnya Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira jam 7.10 pagi pada 21 September lalu.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua orang penjamin dan mahkamah menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melapor diri dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dan tidak dibenarkan mendekati mangsa.
Pada 28 Oktober, Muhammad Nazrin ditahan polis di Batu Berendam, Melaka, susulan dakwaan isterinya yang menjadi mangsa dera viral di laman sosial Facebook.
Wanita itu antaranya mendakwa beliau dibelasah ketika hamil dan dipaksa menjilat habuk rokok di atas lantai. - The Malay Mail Online.