t>

Breaking News

Laluan Pejalan Kaki KL Eco City Ke The Gardens Runtuh, 1 Disahkan Maut & 4 Cedera (Gambar & Video).

Pemaju hartanah, SP Setia, mengesahkan kejadian yang berlaku di tapak pembinaannya berhampiran Kampung Haji Abdullah Hukum, di sini, petang tadi. 






Imej pekerja pembinaan yang ditimpa runtuhan konkrit di kawasan pembinaan di KL Eco City pada petang Rabu. - Foto JBPM
Binaan konkrit setinggi bangunan dua tingkat yang runtuh itu membabitkan jambatan pejalan kaki menghubungkan ke Mid Valley, yang masih dalam pembinaan. 

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, syarikat itu menyebut, pasukan projek masih menilai keadaan dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa. 

"Setakat jam 6 petang tadi, seorang pekerja binaan maut. Bagaimanapun, jumlah mangsa yang terbabit masih tidak dapat ditentukan lapor Berita Harian.
Sekurang-kurangnya satu mayat telah berjaya dikeluarkan dari tapak nahas konkrit runtuh di kawasan pembinaan berdekatan KL Eco City di Bangsar yang berlaku sekitar jam 3.33 petang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Shahrul Othman Mansor turut mengesahkan empat yang lain cedera manakala dua lagi masih tertimbus setakat jam 7 petang tadi.

Kesemua yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kenyataan awal oleh Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) menyebut tiga dari yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan lapor Awani.  


6:50 - 1 maut, 4 cedera dan 2 masih tertimbus. Jumlah mangsa ialah 7 disahkan oleh pihak polis.

7:01 - Seorang mangsa tertimbus ditemui terselamat dengan kecederaan di kaki.