t>

Breaking News

Manjanya Ibu Bapa Zaman Sekarang, Denda Pelajar Datang Lewat Duduk Atas Jalan Tar Pun Nak Bising-Bising - Netizens Pertikaikan Tindakan Ibu Bapa.

Ya.

Mendenda para pelajar yang datang lewat ke sekolah dengan menyuruh pelajar-pelajar itu duduk di atas jalan tar, terasing sedikit dari kumpulan pelajar biasa sewaktu perhimpunan boleh menyebabkan ibu bapa rasa tidak puas ahti terhadap pihak pengurusan sekolah!

Perkara ini pada awalnya dilaporkan oleh Harian Metro selepas itu viralnya beberapa gambar-gambar 'pelajar2 malang' itu di laman sosial. Rakaman video pelajar2 itu didenda juga turut disiarkan menerusi laporan Harian Metro.





Memetik laporan dari Harian Metro, "Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar. "Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya.” 

Itu ulasan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, apabila dihubungi, malam tadi. Dia berkata demikian selepas Harian Metro menunjukkan beberapa gambar kejadian pelajar duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, di Taman Tun Dr Ismail. 

Semua gambar, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail mengenai perkara itu diterima Harian Metro daripada keluarga pelajar, kira-kira 6 petang, 7 November. Waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: 

“Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM. “Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain. 

“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan. “Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah. 

“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya. “Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya. 

Dr Mohd Ali dalam ulasan tambahan menganggap tindakan itu sebagai agak keras dan tidak wajar dilakukan. Beliau berkata, seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu. 

Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah. “Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. 

Perkara ini perlu diperhalusi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi. Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini. "Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, netizens mengkritik tindakan PIBG yang mempersoalkan cara pihak sekolah mendenda pelajar-pelajar yang lewat ke sekolah.





"Duduk atas tar tu perkara biasa.. Kalau tak nak kotor alas la dengan plastik ke apa ke.. Cuma satu saya nak sentuh, selain denda ada guru besar tu selidik tak punca lewat murid2 tu..? Contohnya di sekolah anak saya,, murid2 yg lewat dtg dikenakan tindakan walaupun yg menyebabkan mereka lewat tu driver bas sekolah yang cuai.. Dah bas lambat, apa pilihan yang mereka ada.. Macam tak adil tapi budak2 ni diam je.. Redhaa..", kata Izan Mokhtar.

Manakala Siti Atiqah Razmi pula menulis " jangan bising kena denda tapi ajar la anak tu tepati masa. Sekolah start 7.30am tapi 7.30am baru nak kejut anak bangun tidur mandi siap2 g sekolah. Patut 30min sebelum start sekolah tu anak da sampai sekolah...at least dia ada cukup masa untuk siapkan diri start class...padanla makin lama makin ramai tak reti tepati masa..sebab ada mak bapak camni...bila kena denda bising sana sini...sendiri salah sendiri mau ingatlah... #typical ...baru kena duk atas jalan tar..belum kena cabut rumput atas padang 😂😂 sampai sudah tak habis2...".

"Nampaknya kalau pergi camping.......pastikan campsite takde rumput...tak boleh tido dalam khemah....pokoknya kena macam resort di Bali. Baik juga duduk atas jalan tar....zaman hakakkk ni sekolah atas rumput je....ok je....", respon Mas Mokthar.