t>

Breaking News

Pedofil - Kazim Elias Hantar Surat Tuntutan Kepada Wardina & Syed Azmi Pula

Selepas tuntutan RM8 juta kepada ibu murid yang didakwa memfitnahnya, Datuk Kazim Elias menghantar pula surat tuntutan kepada dua individu lain.
Peguam pendakwah popular itu Mohd Firdaus Mohamood berkata tuntutan itu ditujukan kepada bekas pengacara Wardina Safiyyah dan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi.
Kedua-duanya didakwa menyebar tuduhan pencabulan seks di sekolah tahfiz milik Kazim di Ipoh melalui laman Facebook masing-masing. 
“Surat tuntutan yang dihantar kepada individu-individu berkenaan berbeza-beza antara satu sama lain. Surat tuntutan itu mempunyai akibat dan terma berlainan.
“Umumnya, kerana mereka membuat [tuduhan] berkenaan viral tanpa siasatan daripada sumber dan [berdasarkan] fakta,” katanya kepada Malay Mail Online hari ini.