t>

Breaking News

Saya Dapat Petunjuk Allah, Kerana Itu Meletak Jawatan Kata Ahmad Husni.

Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata beliau mengambil keputusan meletak jawatan dalam Kabinet setelah mendapat petunjuk Allah, tidak ada kena mengena dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Beliau mengimbas saat ketika berada di Mekah di mana beliau dapat melaksanakan ibadat Umrah dalam keadaan tenang. 

Pada waktu itu, di mana keadaan sesak kerana musim puncak, beliau telah diberikan polis pengiring. “Ia seolah-olah petunjuk dari Allah dan sejak itulah saya memutuskan bahawa saya akan meninggalkan segala-galanya,” katanya kepada pemberita dalam ceramahnya berhubung tadbir urus yang baik pada Isnin. Ahmad Husni, bekas menteri kewangan kedua, berkata peletakan jawatannya tidak ada kena mengena dengan 1MDB. Beliau menegaskan bahawa beliau telah berhenti bercakap tentang 1MDB sejak Disember 2015. 

Ahmad Husni meletak jawatannya dalam rombakan Kabinet Jun tahun ini. Beliau kemudian melepaskan jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional. “Adakah anda melihat saya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB sejak itu? Tidak. 

“Ia kerana pada masa itu apabila satu demi satu maklumat timbul dan saya menyedari bahawa terdapat percanggahan,” katanya. Beliau menegaskan, persoalan tentang 1MDB kini ditanya adalah disebabkan pelaburan milik negara itu tidak mencapai matlamatnya. “Apabila ia mula-mula ditubuhkan, mereka kata mahukan pelaburan strategik, jadi selepas 17 bulan saya bertanya lagi mengapa 1MDB telah ditubuhkan. “Saya sinis dengan soalan-soalan untuk mendapatkan jawaban yang mungkin mereka tidak dapat jawab,” kata bekas Bendahari Umno itu. 


Ahmad Husni berkata, dakwaan bahawa beliau telah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan tentang 1MDB adalah tidak benar. “Bukan saya yang telah pergi ke semua cawangan Umno untuk menjelaskan tentang 1MDB. Presiden 1MDB Arul Kanda (Kandasamy) yang telah melakukannya. 

Husni telah dipanggil ke Bukit Aman untuk disoal siasat berhubung kenyataan beliau mengenai 1MDB di Parlimen. Bagaimanapun pertemuannya dengan pihak polis telah ditangguhkan. 

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendakwa Husni telah melanggar sumpah menteri dengan mendedahkan maklumat yang diketahuinya semasa beliau menjadi menteri. Ditanya mengenai perkara ini Husni hanya berlalu pergi sambil mengulangi ‘tidak, tidak’.

Sumber : The Malaysian Mirror.