t>

Breaking News

Saya Tidak Ditawarkan Kewarganegaraan Malaysia - Zakir Naik Kepada Media.

Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik menegur media India dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah diberikan kerakyatan Malaysia.

Zakir menegur media kerana menyebarkan khabar angin berkenaan apabila mereka sebelum ini mendakwa bahawa beliau diharamkan di Malaysia.

"Tidak benar sama sekali," kata jurucakap Zakir, Arif Malik yang dipetik sebagai berkata oleh portal berita India Janta Ka pada Ahad.


 
"Sehingga beberapa bulan yang lalu media India telah mengatakan saya telah diharamkan di Malaysia dan kini mereka katakan saya telah mendapat kerakyatan Malaysia. Ia tidak masuk akal. Tidak ada kebenaran mengenai khabar angin kewarganegaraan Malaysia," kata Malik yang memetik kata-kata Zakir secara tepat.

Laporan Hindustan Times pada Sabtu mendakwa Zakir, yang disiasat oleh Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) kini bersembunyi di Malaysia dan telah diberikan kewarganegaraan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau sebelum ini disyaki di berada Afrika atau Thailand. 


Sumber : Mstar