t>

Breaking News

Agong Pakai Selipar Getah Pun Nak Puji Melambung Ke?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


USAH BERLEBIHAN MEMUJI YDP AGONG

 

1) Sejak Sultan Muhammad ke-5, ramai orang puji macam-macam. Islamik, bagus, disayangi dan sebagainya. OK lah. Tapi jangan terlalu mengagung sangat kebagusan beliau. Saya yakin dia pun tak suka jika anda semua puji lebih-lebih. Sampai dia pakai selipar getah pun orang puji. Apehal.

2) Kita tahu rakyat Kelantan sayangkan beliau. Tapi sekarang beliau sudah menjadi YDP Agong. Jadikan rakyat Malaysia juga sayangkan beliau, bukan bikin orang lain menyampah kepada beliau akibat daripada sikap anda sendiri yang lebih-lebih memuji.

3) Pujian lebih-lebih akan mendatangkan banyak keburukan jangka masa panjang. Cukup sekadar kita bersyukur ada YDP Agong yang baik. Kuasa beliau pun tak menyeluruh untuk mengawal segala benda. Ada had. Malah pemerintahannya hanya dalam tempoh lima tahun. 

4) Jika kita bersyukur dengan nikmat adanya YDP Agong yang baik seperti beliau, inshaAllah next agong juga akan baik. Mungkin akan jadi lebih baik. Bukanlah Allah sudah kata jika kamu bersyukur, akan Kami tambah lagi nikmat itu? 

5) Memuji secara berlebih memungkinkan cerita tokok tambah sehingga mendewakan kebaikan beliau, menyebabkan rakyat negeri lain meyampah secara tidak sedar, malah mesti diingat, kumpulan ultra liberal pasti menangguk di air keruh. Mereka ini bukan suka sangat dengan imej Islamisasi. Buka minda. Jangan merepek bukan-bukan.

6) Pakai selipar getah pun anda kecoh. Solat subuh berjamaah pun anda kecoh. Lepak dengan rakyat jelata pun anda kecoh. Ya, kita faham anda bangga. Tapi bersederhana. Beliau bukan maksum. Bukan dewa. Jangan pujian anda merosakkan beliau samada diri beliau ataupun persepsi terhadap beliau.

7) Untuk tempoh lima tahun ini, biar seluruh rakyat Malaysia rasa bangga dengan YDP Agong. Bukan budak-budak Kelantan sahaja yang bangga. Methodnya, anda sendiri lah fikir. Beliau adalah Agong Malaysia. Biar semua lapisan masyarakat bangga, tanpa mengira latar belakang kenegerian, bangsa dan agama. 

Sekian