t>

Breaking News

Artis Youtube Adam Salleh Dihalau Dari Penerbangan Kerana Bercakap Arab, Netizens Kecam Insiden Racist - #Global

Media sosial hari ini kecoh dengan satu penyebaran video oleh Adam Salleh, artis Youtube yang telah dihalau dari syarikat penerbangan DELTA kerana bercakap bahasa arab.

Adam memuatkan rakaman video itu pada lewat malam tadi (waktu malaysia) dan setakat ini hampir 27 juta warga netizens telah menonton rakaman berkenaan.


Rata-ratanya memilih untuk mengecam tindakan itu dan melakukan kempen boikot terhadap DELTA. Hashtag #BoycottDELTA turut menjadi trending di Twitter.

Menurut Adam, ketika dia sedang berbual dengan ibunya menggunakan telefon, seorang wanita yang duduk disebelahnya menegurnya agar berbual dalam bahasa English.

Enggan mempedulikan teguran tersebut, Adam kemudiannya mengatakan bahawa dia bebas berbual menggunakan apa sahaja bahasa tambahan pula ibunya tidak tahu untuk berbahasa English.

Suami kepada wanita tersebut kemudiannya berang lalu berdiri dan menengking Adam sebelum bertindak melaporkan kepada krew penerbangan dan Adam Salleh diminta untuk turun dari penerbangan tersebut.

Adam turut mengatakan setiap kali dia menaiki apa-apa penerbangan, dia akan menelefon kepada ibunya. Dan ini adalah kali pertama dia mengalami kejadian racist seperti ini.

Ia melibatkan penerbangan menerusi DELTA AIRLINES dari Australia menuju ke New York dan ini adalah respon Adam selepas selamat mendarat di New York dengan menggunakan penerbangan lain.



Dalam pada itu, portal CBSnews melaporkan ini bukan kali pertama DELTA bersikap diskriminasi terhadap penganut Islam. Pada Julai 26 yang lepas, pasangan muslim dari Ohio turut menerima nasib yang sama.

Pasangan tersebut diarahkan keluar dari penerbangan berikutan penumpang lain merasa kurang selesa dengan pemakaian tudung. Bukan itu sahaja, suami kepada pasangan itu juga berpeluh dan penumpang mahu kedua-duanya dikeluarkan dari kapal. DELTA kemudiannya membayar pampasan penerbangan kepada pasangan tersebut berikutan kejadian itu.

Sungguh pun rata-ratanya memilih untuk mengecam tindakan DELTA ke atas Adam Salleh, masih terdapat pihak yang bersetuju dengan DELTA. Menurut mereka, penumpang lain merasa kurang selesa dengan percakapan arab Adam Salleh kerana Adam bercakap dengan nada yang kurang. Tambahan pula ia dalam bahasa yang tidak difahami dan mereka bimbang tentang soal keselamatan. 

Malahan ketika dihalau keluar dari penerbangan, terdapat sebilangan penumpang yang mengalu-alukan tindakan krew DELTA. Mereka dilihat mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Adam sambil melambai-lambaikan tangan.

DELTA juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mereka mempertahankan tindakan krew mengeluarkan Adam dan Slim dari penerbangan atas alasan bahawanya;


"Sengaja menganggu, mencetuskan kekacauan, bercakap kuat termasuk menjerit, bertindak memprovokasi adalah punca kepada Adam dikeluarkan dari penerbangan tersebut.

Apa yang penting kepada DELTA ialah keselamatan dan keselesaan para penumpang, disebabkan Adam telah melanggar polisi kami, maka dia dikeluarkan". - DELTA.

Respon di media sosial turut memaparkan kekesalan warga Amerika terhadap tindakan penerbangan tersebut ke atas muslim.



Mungkin DELTA sepatutnya mengemaskinikan polisi mereka dengan melarang mana-mana penganut muslim dan orang arab menaiki penerbangan mereka. 

Ini lebih mudah kerana muslim sama sekali tidak akan dapat membeli tiket penerbangan dari syarikat itu lagi, maka tidak la timbul soal ketidakselesaan dan keselamatan di atas kehadiran muslim di dalam kapal. - Sozcyili.