Enggan Bersalam Dengan Presiden Jerman, Wanita Muslim Ini Jadi Tumpuan - Media Barat Cuba Sensasikan Isu #Global.

Seorang wanita Islam mencuri perhatian media Barat apabila dia enggan berjabat tangan Presiden Jerman, Joachim Gauck ketika pemimpin itu mengadakan lawatan ke sebuah sekolah baru-baru ini.
Lawatan khas Gauck ke Sekolah Theodor Heuss di Offenbach itu merupakan usaha beliau menghargai pelajar tempatan kerana dapat menerima kehadiran pelajar migran dengan baik.

Dalam kejadian itu, Gauck tiba ke sekolah terbabit dengan menaiki kenderaan rasmi sebelum disambut oleh sekumpulan pelajar yang berbaris di pintu masuk sambil memegang papan tanda yang mengalu-alukan kedatangan beliau dalam bahasa Jerman dan Arab.
Kemudiaan guru yang mengiringi Gauck memperkenalkan setiap pelajar yang berbaris sambil bersalaman dengan mereka.
Namun apabila Presiden itu tiba di depan gadis bertudung tersebut, pelajar enggan bersalam sebaliknya meletakkan tangan di dada dan tunduk sebagai tanda hormat kepada Gauck.
Menyedari perkara itu, Gauck sebaliknya tersenyum dan terus bersalam dengan pelajar lain.
Media rasmi Jerman mengabaikan detik janggal tersebut sebaliknya memberi tumpuan kepada sambutan yang diterima oleh Presiden atas usaha beliau memastikan kumpulan migran dapat berintegrasi dengan baik dalam kalangan penduduk tempatan.
Bagaimanapun, beberapa media alternatif seperti Mail Online, The Sun UK dan lain-lain menyiarkan kejadian berkenaan dalam laporan mereka dengan menyifatkan insiden itu sebagai memalukan Gauck.
Namun rata-rata penduduk Jerman sedia maklum tentang larangan orang Islam untuk bersentuhan dengan orang yang bukan mahram mereka. 
Sumber : Mstar.

Share this :

Previous
Next Post »