t>

Breaking News

Kenali Mevlut Mert Altintas, Penembak Yang Membunuh Duta Rusia, Andrei Karlov. #Global

Mevlut Mert Altintas.

Nama ini menjadi top sekelip mata kerana menembak mati duta Rusia ke Turki, Andrei Karlov. Andrei Karlov, 62 tahun, ditembak mati ketika sedang memberikan ucapan di Galeri Seni yang bertempat di Ankara, Turki.


Insiden tembakan itu juga berjaya dirakamkan menerusi kamera dan kini ianya viral di seluruh dunia.

Siapakah Mevlut Mert Altintas?

Dia ialah anggota polis yang bertugas di Ankara, Turki. Dia bertugas dalam cawangan anti-rusuhan. Dan baru sahaja berusia 22 tahun. Mevlut juga ialah anggota polis dari 'Special Unit Operation'.

Mevlut berasal dari daerah Soke, wilayah barat Aydin. Mevlut juga dilaporkan sebagai anggota polis lulusan Akedemi Polis (Vokasional Turki) di Izmir.

Kronologi kejadian.

Ketika kejadian, Mevlut secara tiba-tiba mengeluarkan pistol dan menembak Andrei tanpa sebarang amaran. Selepas Andrei jatuh ditembak (dan kemudiannya mati), Mevlut berkata dengan lantang ;

"Jangan lupakan Aleppo! Jangan lupakan Syria!".

"Jauhkan diri anda, jauhkan diri anda, hanya kematian sahaja yang boleh keluarkan saya dari sini. Semua yang berperanan ke atas penjajahan (penindasan ke atas Syria) akan mati satu per satu".




Pengesahan dari media Turki tentang kerjaya Mevlut. Untuk rekod, Mevlut memasuki kawasan galeri dengan menunjukkan ID polis yang dimilikinya.

Apa jadi pada Mevlut?

Selepas melaungkan Allahuakhbar, Mevlut kemudiannya bergegas ke tingkat kedua bangunan. Polis mengambil masa 15 minit berbalas tembakan dengan Mevlut sebelum akhirnya Mevlut ditembak mati.

Rumah Mevlut di Aydin dan Soke turut diserbu polis selepas insiden tembakan itu dan kini ibu dan adik Mevlut berada di bawah jagaan pihak polis.

Beberapa pihak juga mengecam tindakan Mevlut sebagai tindakan keganasan dan berpendapat tindakan itu tidak akan dapat menyelesaikan konflik berdarah di Syria.

Dengan kematian Mevlut, dunia mencatat satu lagi sejarah malang yang mana rakyat biasa yang terlalu bersimpati dengan nasib Aleppo terpaksa mengambil tindakan drastik supaya dunia menghentikan keganasan demi keganasan ke atas rakyat Syria yang tidak berdosa. - Sozcyilli.

Sumber : CNN, World.Mic, AFF, Twitter.