t>

Breaking News

Jangan Gunakan Panadol Untuk Lembutkan Daging, Ianya Membunuh Kata Pemilik Menate Steak.

LELAKI INI TEGAS MELARANG PENGGUNAAN PANADOL UNTUK MELEMBUTKAN DAGING.

Semalam saya bertanyakan di wall saya tips atau cara untuk melembutkan daging. Boleh baca post itu di sini > https://m.facebook.com/story.php….

Soalan saya itu mendapat 60+ komen. Daripada komen-komen itu, ada lebih kurang 20 tips untuk melembutkan daging. Serius saya tak penah tau pun. Maklumlah, jarang ke dapur..

Ada juga tips tu yang pelik-pelik. Kadang-kadang fikir macam tak masuk akal juga. Kebanyakannya tips orang-orang lama @ petua. Kita ikut kan jelah sebab mereka lebih lama hidup. Lebih banyak pengalaman..

4 orang daripada pengomen menyarankan supaya dimasukkan panadol. Mula-mula gelak dalam hati juga bila tau tips ini daripada pengomen pertama. Ingatkan main-main.

Rupa-rupanya memang betol sebab 3 orang lepas tu pun menyarankan supaya dimasukkan panadol untuk melembutkan daging..

Saya tak pasti secara saintifik bagaimana panadol mampu melembutkan daging. Tapi yang saya pasti ada individu dan pekedai yang menggunakan tips panadol ini berdasarkan komen-komen yang diberikan..

Yang pastinya juga, seorang lelaki dalam komen ini sangat menegah penggunaan panadol untuk melembutkan daging. Amat merbahaya katanya, bahkan perlakuan ini boleh membunuh..

Lelaki ini bukan menegur seorang tapi 2 orang yang memberikan idea penggunaan panadol ini. Beliau sangat tegas saya tengok. Tegas supaya perlakuan ini dihentikan kerana amat membahayakan..

Siapakah lelaki ini ? Beliau adalah tuan Mustaffa Othman, pakar daging yang juga merupakan pemilik Me'nate Steak Hub yang dikenali ramai..

Beliau bukan sahaja pakar dalam menyediakan daging yang sedap tetapi amat mementingkan kesihatan dan keselamatan ramai dalam penyediaan makanan..




You earned my respect, sir !












Oleh : Jusni Hashim.