t>

Breaking News

Jumpa Pimpinan Syiah, Ustaz Rozaimi Kritik Sikap Hadi Awang - Bermesra Dengan Perogol, Pembunuh Saudara Kamu Ialah Penghinaan!

"Bermesra dengan perogol saudara kamu, pembunuh saudara kamu adalah sikap penghinaan kepada saudara sendiri!", itulah kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden PAS, Hadi Awang oleh Ustaz Rozaimi Ramlee seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Ustaz memberikan kritikan itu susulan penyebaran gambar Presiden PAS yang dilihat bermesra-mesraan dengan agamawan syiah. Gambar itu viral di laman sosial dengan tujuan menyindir PAS yang kononnya anti syiah tetapi Presiden sendiri berbaik-baik dengan syiah.

Bahkan ada beberapa pihak yang menyindir penyokong-penyokong PAS yang sebelum ini beria-ria mengutuk Mat Sabu dan Khalid Ismath sebagai syiah dan tidak boleh sunni berbaik-baik dengan syiah namun Presiden PAS pula mengambil pendekatan yang berbeza. 

Penyokong-penyokong PAS dikritik sebagai talam dua muka kerana menghalalkan perbuatan berbaik-baik dengan syiah apabila melibatkan pemimpin mereka manakala mengkritik perkara tersebut jika melibatkan musuh politik mereka.


Berikut di bawah ialah kenyataan penuh Ustaz Rozaimi tentang isu pertemuan Tuan Guru Hadi Awang bersama agamawan syiah.

 
Respon netizens dalam kritikan Ustaz Rozaimi ke atas Tuan Guru Hadi Awang juga pelbagai. Ada yang menyokong namun ada juga yang membantah dan mempersoalkan kenyataan Ustaz Rozaimi yang dilemparkan kepada Tuan Guru Hadi Awang adalah terlalu terburu-buru tanpa memberikan penjelasan dan ruang kepada Presiden PAS itu untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Untuk rekod, TGHH sebelum ini dilaporkan mengunjungi Iran bagi membincangkan krisis Syria yang semakin meruncing, perbincangan itu diharapkan dapat mencari penyelesaian dan hala tuju terbaik kepada masalah perang yang berterusan di antara Rejim Basyar Al-Assad dengan tentera pemberontak dan IS. - Sozcyili.