t>

Breaking News

Kepada Yang Dah Tukar Kad Debit Baru, Sila Baca Amaran Ini Dulu Untuk Elakkan Wang Hilang!

TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU.

Bermula 01.01.2017, semua transaksi yang melibatkan kad debit dan kredit akan hanya menggunakan PIN bagi menggantikan tandatangan di resit pembelian seperti sebelumnya. 


Bagi pengguna yang sudah bertukar kepada kad debit yang baru, adakah anda sedar bahawa kad debit tersebut telah ditambah fungsi Contactless Transaction (paywave) yang membolehkan transaksi TANPA memasukkan SEKURITI PIN untuk pembelian RM250 ke bawah? 

Dengan Contactless Transaction (paywave), anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak terus daripada akaun anda. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250 (mengikut amaun Standard Chartered Bank) 

Bayangkan kalau anda ada 4 keping kad debit yang baru daripada bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika dompet anda hilang atau dicuri. 

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Perkara-perkara utama yang perlu anda lakukan setelah mendapatkan kad debit yang baru ialah ; 

1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka. 

2. Minta mereka berikan amaun Contactless Transaction untuk kad anda. 

3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction (paywave) kad anda. 

4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk mengemaskini sistem ini. 

5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk memastikan Contactless Transaction (paywave) telah dihapuskan atau nilai tersebut telah dikurangkan. 

Pada saya, biarpun kaedah lama iaitu melalui sekuriti PIN atau tandatangan bagi setiap transaksi nampak sedikit leceh, namun ia lebih selamat berbanding menerima risiko kehilangan wang daripada akaun tanpa kita sedari. 

RM250 mungkin agak kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi saya. Isu ini sangat penting pada saya dan saya rasa bertanggungjawab untuk sebarkan isu ini kepada seluruh rakyat Malaysia. 

SEBARKAN. SEMOGA INFO INI MEMBERIKAN MANFAAT.

Sumber dipetik daripada kenyataan penulis asal iaitu saudara Annuar Zain.